Utusan Borneo (Sabah)

KD Sri Indera Sakti sedia ke kawasan konflik jika diarahkan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: KD Sri Indera Sakti sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n jika diarahkan bertugas ke kawasan konflik seperti rondaan lanun di Teluk Aden pada 2008.

Pegawai Memerintah KD Sri Indera Sakti Komander Mohamad Sham Saimon berkata kejayaan kapal itu menangani aktiviti lanun Somalia di Teluk Aden paling bernilai tinggi.

“Untuk menghadapi sebarang ancaman termasuk rondaan anti lanun, kita sentiasa bersedia tetapi sekarang belum ada keperluan kerana keadaan lebih aman,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Hari Terbuka KD Sri Indera Sakti di Pelabuhan Tawau di sini pada Sabtu, yang turut dihadiri Adun Sebatik Datuk Abd Muis Picho.

Menurutnya, kehadiran kapal itu ke perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) kali ini bertujuan menghantar barang-barang logistik, membuat lawatan operasi dan hari terbuka.

“Bagaimanap­un, kami juga akan sentiasa memantau keselamata­n perairan dan membuat rondaan persekitar­an perairan sepanjang perjalanan dari Lumut ke Tawau dan sebaliknya.

“Kami akan melaporkan aktiviti mencurigak­an dan merekodkan hal-hal yang perlu untuk membantu pasukan lain atau kami sendiri demi keselamata­n perairan tanahair,” katanya.

Sham berkata kehadiran kapal besar seperti Kapal Pemerintah Pelbagai Fungsi dan Sokongan itu di Esszone juga penting dalam aspek keselamata­n perairan negara.

Pada masa sama, kehadiran kapal itu memberikan isyarat amaran kepada pihak tertentu supaya tidak cuba untuk membuat kekacauan di sekitar perairan Esszone.

“Kita sudah menunjukka­n konsep kehadiran di sini, dan jika ada orang hendak buat sesuatu yang tidak elok, mereka akan berfikir dua tiga kali,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia