Utusan Borneo (Sabah)

Kadar jenayah Keningau menurun

42 kes direkodkan berbanding tempoh sama tahun lalu

-

KENINGAU: Indeks jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau menurun dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahamad Jawila berkata, dalam tempoh itu sebanyak 42 kes direkodkan berbanding 49 kes tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya, penurunan indeks jenayah adalah hasil daripada kerjasama orang awam dan pemimpin masyarakat di daerah ini menerusi program ‘Keep Keningau Safe’.

“Kerjasama yang ditunjukka­n oleh orang awam di daerah ini selaras dengan slogan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada,” katanya selepas sambutan Hari Polis Ke211 peringkat IPD Keningau di dataran kawad di sini.

Terdahulu, A h mad membaca perutusan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun selepas memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormat pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat.

Dalam perutusan itu, Mohamad Fuzi berkata dengan usia yang sebegitu matang, pastinya pasukan lebih mampu mencorakka­n sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang berkesan, serta memenuhi kehendak ‘stakeholde­rs’ yang sentiasa berubah mengikut arus pemodenan dunia.

“Dalam kita menyambut ulangtahun penubuhan pasukan ini, kita tidak melupakan pengorbana­n para pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan rakan-rakan

“Penurunan indeks jenayah adalah hasil daripada kerjasama orang awam dan pemimpin masyarakat di daerah ini menerusi program ‘Keep Keningau Safe’. Kerjasama yang ditunjukka­n oleh orang awam di daerah ini selaras dengan slogan ‘Polis dan ” Masyarakat Berpisah Tiada’. DEPUTI SUPERINTEN­DAN AHAMAD JAWILA Ketua Polis Daerah Keningau

AHMAD (depan, kanan) bersama para pegawai kanan polis dan anggota pelbagai pangkat selepas majlis itu.

kita yang telah terkorban demi mempertaha­nkan bumi Malaysia yang tercinta ini.

“Sesungguhn­ya, apa yang kita kecapi pada hari ini, adalah hasil perjuangan mereka dalam mempertaha­nkan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau menyeru seluruh warga PDRM, agar bersamasam­a bulatkan tekad dan memperbaha­rui sumpah keramat serta lafaz ikrar taat setia untuk terus memberikan perkhidmat­an kepolisan yang terbaik kepada masyarakat.

Sementara itu, Ahmad menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pegawai, pangkat rendah, ahli Perkep dan orang awam.

Sambutan itu diserikan dengan persembaha­n tarian kadet polis dari sekolah-sekolah menengah di daerah ini dan pertunjuka­n kawalan rusuhan (LSF) IPD Keningau.

Namun suasana sedih seketika apabila persembaha­n pentomin peristiwa Bukit Kepong berlangsun­g kira-kira lima minit yang dipersemba­hkan oleh sukarelawa­n polis dan dibantu oleh anak-anak polis IPD Keningau.

Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Keningau Datuk Annuar Ayub, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan, Penolong Pegawai Daerah Tambunan Jamain Abdul Ghani, Presiden Dewan Perniagaan T i ong h u a Ken ingau Raymond Koh, Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nadzri Nik Zawawi serta Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sahanip Jamil (Liawan), Kennedy John (Bingkor) dan Jubilin Kilan (Nabawan).

 ??  ?? SHAM memberikan penerangan kepada Muis mengenai peralatan yang digunakan oleh TLDM di KD Sri Indera Sakti.
SHAM memberikan penerangan kepada Muis mengenai peralatan yang digunakan oleh TLDM di KD Sri Indera Sakti.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia