Utusan Borneo (Sabah)

Lahad Datu catat penurunan 43 peratus kes jenayah

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Polis Lahad Datu merekodkan penurunan jumlah kes jenayah kepada 40 kes sejak Januari 2018 berbanding 70 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata sejak 1 Januari hingga 24 Mac 2018 penurunan sebanyak 30 kes atau 42.86 peratus dicatatkan.

“Pencapaian itu bukanlah mudah dicapai tanpa sokongan dan kerjasama berterusan semua lapisan masyarakat dan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa memberikan komitmen tidak berbelah bahagi dalam melaksanak­an apa jua susun atur penugasan kopolisian yang dirancang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perbarisan Memperinga­ti Hari Polis Ke-211 peringkat daerah di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, pagi Ahad.

Turut hadir, Ahli Parlimen Silam Datuk Nasrun Mansur, Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal dan Pegawai Daerah Iman Ali.

Untuk rekod, indeks jenayah berjumlah 326 kes pada 2017 berbanding 346 kes tahun 2016 dan Lahad Datu telah mencapai petunjuk prestasi utama yang ditetapkan Bukit Aman iaitu penurunan 5 peratus setiap tahun dapat dikekalkan bagi tempoh lima tahun berturut-turut.

Menurut Hamzah, sejak 83 hari sebanyak 421 kes tangkapan dadah dicatatkan berbanding 203 kes tahun lalu.

Manakala bagi kes trafik pula, sebanyak 188 kes kemalangan telah dilaporkan dengan lima kes kemalangan maut, 11 kes melibatkan kecederaan dan 177 kes kemalangan melibatkan kerosakan kenderaan sahaja.

Bagi tindakan penguatkua­saan saman pula, sebanyak 5,688 keping saman telah dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan.

Dalam Ops Kereta Sapu, sebanyak 11 kenderaan dirampas atas kesalahan mengikut Seksyen 33 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n 1987 dansa mana tas kesalahan mengkikut Syeksen 23 (2) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Hamzah menyeru orang ramai menghayati intipati perutusan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dengan mengekalka­n kerjasama dan kesepakata­n yang padu antara polis dan masyarakat seiring dengan tema Hari Polis ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

“Saya juga amat berharap agar semua lapisan masyarakat memahami tugas-tugas dan cabaran polis masakini. Kami warga IPD Lahad Datu akan sentiasa berusaha memberi perkhidmat­an yang terbaik tanpa mengira masa dan di mana sahaja demi keselesaan masyarakat keseluruha­nnya di dalam menjaga keamanan khususnya di Lahad Datu ini,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 68 sijil penghargaa­n dianugerah­kan kepada lima pegawai kanan, 38 pegawai rendah, 18 orang awam dan tujuh ahli Perkep.

 ??  ?? HAMZAH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang penerima.
HAMZAH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia