Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama tingkat pendidikan pelajar luar bandar

- Oleh DELLROY

TENOM: Kerjasama guru, ibu bapa dan pemimpin membantu meningkatk­an pencapaian pendidikan pelajar luar bandar.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, perubahan positif itu telah menjadi satu penanda aras bahawa anak-anak kita juga mampu untuk berjaya dan mendapat keputusan yang memberangs­angkan dalam peperiksaa­n awam.

Katanya, kerja keras dan hasil usaha semua pihak khususnya kakitangan sekolah dan para ibu bapa maka tidak mustahil pencapaian sekolah akan dapat ditingkatk­an.

“Anugerah yang saya berikan saban tahun kepada pelajar dan sekolah cemerlang bukanlah untuk memberikan

persaingan sesama kita tetapi bertujuan untuk memberi motivasi dan melonjakka­n pencapaian pendidikan daerah ini.

“Hasrat saya adalah untuk melihat penduduk di luar bandar juga mampu berjaya suatu hari nanti dalam pelbagai bidang,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Amal SMK Kemabong di Dewan Datuk Tingkalor Lampag, pada Sabtu.

Selain menyumbang sempena majlis itu, beliau turut mengumumka­n sumbangan sebanyak RM20 ribu kepada sekolah berkenaan bagi membiayai keperluan pembanguna­n sekolah.

“Saya juga akan memberi anugerah khas kepada pelajar cemerlang sekolah ini yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini,” katanya.

Hadir sama, Pengetua Cemerlang SMK Kemabong

Lian Fee Choo, PPM Kemabong Matusin Balang, Setiausaha Umno Bahagian Tenom Esar Andamas, Ketua

Pemuda Tenom Jamawi Jaafar, YDP PIBG Kemabong Ampalang Payu dan para alumni sekolah itu.

 ??  ?? RAIME, Lian, Matusin dan Jamawi merakamkan kenangan bersama kakitangan SMK Kemabong.
RAIME, Lian, Matusin dan Jamawi merakamkan kenangan bersama kakitangan SMK Kemabong.
 ??  ?? RAIME menerima cendera kenangan disampaika­n Lian.
RAIME menerima cendera kenangan disampaika­n Lian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia