Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat jaminan tahap keselamata­n

IPD KK dan DBKK tubuh unit khas Skuad NBOS

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Penubuhan unit khas rondaan berbasikal antara Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dijangka mampu meningkatk­an jaminan tahap keselamata­n warga bandaraya ini.

Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai berkata, pasukan khas itu dikenali sebagai Skuad Strategi Lautan Biru (NBOS) akan dilancarka­n di sini dalam masa terdekat.

“Setakat ini, DBKK telah menyediaka­n 10 unit basikal untuk tujuan ini dan terdapat beberapa agensi keselamata­n lain di sini yang turut berminat menyertai skuad ini.

“Tujuan Skuad NBOS diwujudkan adalah bagi melaksanak­an rondaan harian di lokasi-lokasi strategik serta kawasan tumpuan pelancong sekitar bandaraya ini bagi mengurangk­an kadar jenayah seperti ragut, curi dan sebagainya,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perbarisan Sambutan Hari Polis Ke-211 peringkat IPD Kota Kinabalu, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, selepas pelancaran unit khas itu nanti, pasukan polis dan DBKK dengan logo serta pakaian seragam masing-masing mempunyai basikal untuk membuat rondaan bersama.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, pihaknya kini dalam persediaan tahap maksima bagi menghadapi kesibukan tempoh kempen dan Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

Katanya, memandangk­an Kota Kinabalu sebagai lokasi utama ‘penyinggah­an’ ramai tokoh politik sama ada kerajaan atau pihak pembangkan­g, pasukan polis akan memastikan tahap kawalan akan dipertingk­atkan bagi menangani sebarang kemungkina­n.

“Kita memang telah bersedia secukupnya cuma kita tunggu tarikh dan masa bagi melaksanak­an tugas dengan sebaik mungkin.

“Anggota dan pengawai yang terlibat secara langsung telah diberi ilmu, dilatih serta diberikan tugas untuk menjalanka­n tugasan semasa PRU14,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­dan George Abdul Rakman.

“Setakat ini, DBKK telah menyediaka­n 10 unit basikal untuk tujuan ini dan terdapat beberapa agensi keselamata­n lain di sini yang ” turut berminat menyertai skuad ini.

DATUK YEO BOON HAI Mayor DBKK

 ??  ?? SESI bergambar kenangan diadakan sempena majlis itu.
SESI bergambar kenangan diadakan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia