Utusan Borneo (Sabah)

PGA Lahad Datu rekod 113 tangkapan

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Pasukan Gerakan Am Batalion 17 (PGA) Lahad Datu merekodkan seramai 113 tangkapan membabitka­n sebanyak 50 kes atas pelbagai kesalahan bagi tempoh Januari 2017 sehingga Mac 2018.

Pegawai Pemerintah Batalion 17 PGA Lahad Datu Superinten­dan Lam Chien Fei berkata, tangkapan itu adalah kejayaan pihaknya sepanjang melaksanak­an operasi melibatkan kawasan tanggungja­wab BN 17 LDU bermula dari Zon Felda Sahabat sehingga ke Zon Kunak.

Sepanjang tempoh itu, pihaknya telah menahan seramai 16 orang terdiri daripada warganegar­a Malaysia, 91 Filipina dan enam Indonesia melibatkan seramai 79 lelaki, 22 perempuan dan 12 kanakkanak.

Katanya tangkapan itu adalah melibatkan pelbagai kesalahan yang dikesan mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 melibatkan sebanyak 14 kes, Akta Kastam 1967 enam kes, Akta Dadah Berbahaya 1952 lapan kes, Akta Atipsom 2007 enam kes, Akta Kawalan Bekalan 1961 lima kes, Akta Senjatapi empat kes, Akta Bahan Letupan dua kes, Akta Senjata Berjadual satu kes, Jabatan Laut satu kes, Jabatan Perhutanan satu kes, Akta Curi satu kes dan mengkiut Seksyen 224 Kanun Keseksaan satu kes.

“Sementara itu, sejumlah RM760,407.49.48 rampasan direkodkan oleh pasukan PGA melibatkan rampasan seperti barangan kawalan bekalan, rokok pelbagai jenama, bot pam, enjin sangkut dan dadah jenis syabu,” katanya.

Terdahulu, Majlis Perbarisan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-211 itu telah dihadiri lebih 250 orang melibatkan pegawai dan anggota PGA BN 17, Perkep PGA, ketua-ketua jabatan dan masyarakat setempat.

Majlis itu telah dimulakan dengan perbarisan melibatkan seramai 140 anggota bersama lima pegawai kanan diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Sabah Tanah Airku.

menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pegawai dan anggota BN 17 PGA LDU.

Majlis kemudianny­a disusuli dengan bacaan perutusan Ketua Polis Negara yang disampaika­n oleh Pegawai Pemerintah Batalion 17 PGA Lahad Datu, Superinten­dan Lam Chien Fei dan kemudianny­a diikuti bacaan ikrar polis diketuai oleh ASP Badrol Hisham Othman.

Dalam majlis itu, turut menyaksika­n penyampaia­n sijil penghargaa­n kepada 20 pegawai dan anggota PGA BN 17 termasuk ahli Perkep PGA dan orang awam sebelum majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Sang Saka Biru dan Polis Sedia Berkhidmat serta acara pemotongan kek.

Hadir sama, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 17 PGA LDU Deputi Superinten­dan Polis Tusib Tulas, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu Juraimin Hj Jadil dan wakil ketua-ketua jabatan.

 ??  ?? LAM
LAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia