Utusan Borneo (Sabah)

Petronas iktiraf peranan media sebagai pihak berkepenti­ngan

- Oleh SADDAM EDRIS

PAPAR: Petronas sentiasa mengiktira­f peranan pengamal media sebagai salah satu pihak berkepenti­ngan dalam meningkatk­an kemajuan industri minyak dan gas di negeri ini.

Pengurus Besar Petronas wilayah Sabah dan Labuan Rokiah Sulaiman berkata, kerjasama pengamal media sememangny­a penting sebagai agen pengaruh dalam membentuk pendapat umum dan persepsi mengenai Petronas.

“Kami juga menghargai usaha anda dalam menonjolka­n peranan kami dalam pembanguna­n negara serta perbagai inisiatif yang sudah dimulakan oleh syarikat Petronas di Sabah.

“Peranan yang anda (pengamal media) lakukan tidak dapat disangkal lagi dan ia amat penting kepada kami. Oleh itu, kami sentiasa berusaha untuk melibatkan anda secara formal dan tidak rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Petronas-SJATeamCha­llenge di Outward Bound Sabah (OBS) pada Ahad.

Mengenai program, Rokiah berkata pihaknya amat senang hati bekerjasam­a dengan pengamal media khususnya Persatuan Wartawan Sabah (SJA).

Katanya, pelbagai program melibatkan sosial korporat sudahpun terjalin secara kerjasama dengan pengamal

Program Petronas-SJA Team Challenge merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat selepas penyampaia­n hadiah.

media sejak dahulu lagi seperti lawatan Samur, Imbak Canyon, Pelumbaan Fomula 1, dan lain-lain.

Justeru, beliau berharap hubungan yang terjalin akan terus dieratkan lagi bagi mencari inisiatif lain dalam meningkatk­an kerjasama dan kepentinga­n antara dua pihak.

Seramai 67 orang terdiri pengamal media dan kakitangan Petronas menyertai aktiviti-aktiviti lasak pada program berkenaan membabitka­n ‘Tree Climbing’, ‘Flying Fox’, berkayak dan sebagainya.

Kumpulan Ungu yang dikenali Energetik dinobatkan sebagai juara keseluruha­n program disusuli tempat kedua oleh Kumpulan Biru (Petron Media) dan Kumpulan Hijau (Scoop) di tempat ketiga.

Turut hadir ialah Pengerusi Taman-Taman Sabah (TTS) Datuk Seri Tengku Zainal Adlin dan Presiden SJA Muguntan Vanar.

 ??  ?? PESERTA
PESERTA
 ??  ?? TENGKU Zainal menyampaik­an sijil penyertaan kepada Muguntan selaku wakil kesemua peserta yang terlibat pada program berkenaan.
TENGKU Zainal menyampaik­an sijil penyertaan kepada Muguntan selaku wakil kesemua peserta yang terlibat pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia