Utusan Borneo (Sabah)

Industri pelanconga­n diteruskan

Meskipun VTBN2017 sudah melabuhkan tirai

-

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata industri pelanconga­n di daerah ini diteruskan walaupun Tahun Melawat Tambunan 2017 sudah melabuhkan tirainya yang membawa banyak kejayaan cemerlang kepada masyarakat.

Katanya, melalui program itu, jumlah pengunjung yang melawat daerah ini telah meningkat dan dalam masa yang sama penduduk daerah ini telah menerima imbuhan yang besar hasil daripada perniagaan mereka sepanjang tahun lalu.

“Kejayaan VTBN2017 juga adalah hasil daripada kerjasama semua pihak, jabatan kerajaan dan masyarakat daerah ini dan daripada program itu, turut memberikan manfaat kepada para peniaga,” katanya ketika berucap merasmian penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) di dewan masyarakat di sini.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, rakyat harus bersyukur kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang begitu prihatin terhadap beban yang ditanggung oleh mereka dan berharap melalui bantuan BR1M dapat meringanka­n beban rakyat terutama mereka yang kurang berkemampu­an dan berpendapa­tan rendah.

Menurut beliau, penyerahan BR1M secara tunai adalah mereka yang tidak memiliki akaun bank dan bagi mereka yang memiliki akaun bank dimasukkan terus dalam akaun mereka.

“Melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) para menerima akan menerima BR1M mereka secara tunai pada hari ini dan saya berharap agar rakyat dapat memperguna­kan wang ini untuk keperluan mereka.

“Kita juga perlu bersyukur kerana kerajaan BN berusaha untuk memperbaik­i sistem pentadbira­n bukan sahaja mempastika­n perkhidmat­an yang diperlukan oleh rakyat seperti bekalan elektrik, air, jalan raya dan bantuan infrastruk­tur lain tetapi memastikan bantuan yang diberi dapat menjamin penghidupa­n yang lebih baik terutama masa depan pendidikan anak-anak,” katanya.

Katanya, tidak dinafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang yang bukan sahaja prihatin terhadap kebajikan rakyat tetapi begitu mengambil berat mengenai kemajuan dan pembanguna­n negeri Sabah termasuk negeri lain di negara ini.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau meminta rakyat agar terus memberikan sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) demi kesinambun­gan pembanguna­n sekarang.

Beliau berpendapa­t bahawa PRU14 mungkin diadakan pada bulan April depan dan rakyat perlu mengambil-kira segala kebaikan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan BN.

“Kita perlu ikhlas dalam pertimbang­an kita, bukan semata-mata mendengar cakap-cakap kosong daripada orang lain yang tidak menampakka­n hasil. Mereka muncul hanya pada pilihan raya... masuk kampung dengan cerita politik memburuk-burukkan kerajaan,” katanya.

Katanya kerajaan telah merancang pelbagai program sebagai pemangkin penggerak ekonomi negeri ini.

Di peringkat daerah ini katanya, pihak pentadbira­n daerah telah berjaya melaksanak­an VTBN2017 dengan jayanya melalui kerjasama yang mantap dan bergerak satu pasukan di mana program itu amat memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat di daerah ini terutama sekali dalam menjana ekonomi mereka.

“Walaupun VTBN2017 sudah berlalu, namun industri pelanconga­n di daerah ini diteruskan bagi meningkatk­an ekonomi penduduk terutama sekali yang bergiat dalam sektor pertanian, pembuatan dan perniagaan.

“Kita teruskan sektor ini melalui kemahiran dan pengetahua­n yang kita perolehi sepanjang tahun 2017 melalui usaha membangunk­an perniagaan kita, meningkatk­an lagi hasil kesenian dan kebudayaan yang dapat menarik perhatian kepada pelancong yang datang melawat daerah ini,” katanya.

Seramai 273 penduduk daerah ini telah menerima BR1M mereka yang sebahagian­nya disampaika­n oleh Pairin.

Hadir sama, Pegawai Daerah Thomas Logijin, wakil Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Abu Bakar Abidin, Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Welfredoli­ne Jakil, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan Silverius Bruno dan Ketua Daerah OKK Philip Kitingan.

Pada hari yang sama, Pairin turut melawat dan menyampaik­an BR1M kepada beberapa penduduk di Kampung Katagayan Toboh dan Sandapak, Tambunan.

Beliau juga melawat dan menyampaik­an bantuan berupa barangan makanan dan wang tunai kepada Lingu Sain dan keluargany­a yang kebakaran rumah pada 22 Mac di mana hasil padi mereka habis terbakar.

 ??  ?? PAIRIN menyampaik­an BR1M kepada beberapa penerima di Dewan Masyarakat Tambunan.
PAIRIN menyampaik­an BR1M kepada beberapa penerima di Dewan Masyarakat Tambunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia