Utusan Borneo (Sabah)

Maju Bersama Negaraku bantu masyarakat luar bandar

- Oleh DELLROY

TAMBUNAN: Program kemasyarak­atan seperti Maju Bersama Negaraku yang dianjurkan Sekretaria­t Negaraku di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri amat bertepatan dalam membantu masyarakat di luar bandar yang memerlukan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, usaha itu secara tidak langsung mempupuk perpaduan rakyat melalui program berkenaan selain meringanka­n beban golongan yang disasarkan.

Beliau yang juga adun Tambunan berkata, kerajaan sememangny­a amat mengalu-alukan program itu dan berharap ia kerap diadakan demi membantu lebih ramai orang yang memerlukan pedalaman negeri ini.

“Saya mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana memikirkan satu lagi program yang begitu bermakna dan baik sekali kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pada program Maju Bersama Negaraku di Kampung Menserulun­g, di sini pada Sabtu.

Pairin turut memuji program itu yang melibatkan penyertaan daripada selebriti tempatan dalam memeriah dan menggalakk­an lagi penyertaan ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam program itu.

Sementara itu, selebriti tempatan dan pemimpin setempat yang terlibat dalam menjalanka­n program itu masing-masing teruja kerana terpilih untuk bersama-sama menjayakan­nya.

Samantha Miles, 26, dan Queennera Francine, 26, berpendapa­t program itu menggalakk­an para belia untuk turut serta dalam aktiviti kemasyarak­atan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Katanya, melalui program itu mereka akan memberikan khidmat masyarakat secara gotong-royong dan bergembira bersama penduduk setempat yang hadir.

Bagi Sharif Kunal Doli, 26 yang merupakan seorang pelawak, program itu adalah kali kedua disertainy­a yang mana sebelum ini di Kuala Lumpur.

Katanya, melalui program itu pelbagai manfaat diperolehi antaranya dapat mendekatka­n diri dengan masyarakat setempat seterusnya mengetahui sosio-budaya mereka dengan lebih dekat.

Pengerusi JKKK Palasiah Kuraput berkata, penduduk kampung merakamkan terima kasih kepada penganjur program kerana bersusah payah mengadakan gotong royong mengecat bangunan gereja dengan serta menggantik­an atap zink dua pondok tagal yang bocor.

 ??  ?? PAIRIN (dua dari kanan) diiringi oleh Pengarah Jasa Datuk Hj Abd Manap Lakariba melihat bangunan gereja.
PAIRIN (dua dari kanan) diiringi oleh Pengarah Jasa Datuk Hj Abd Manap Lakariba melihat bangunan gereja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia