Utusan Borneo (Sabah)

Kepelbagai­an budaya aset penting

Wujudkan masyarakat yang hidup bersatu padu

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Kepelbagai­an budaya masyarakat pelbagai suku kaum di Sabah bukan sahaja merupakan aset dan khazanah penting yang perlu dipelihara dan diwarisi generasi akan datang.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata kepelbagai­an budaya etnik juga berperanan mewujudkan masyarakat yang boleh hidup bersatu padu, aman dan harmoni.

“Inilah cara kita (kerajaan) menghargai suku-suku kaum di negeri ini dengan memberi sokongan terhadap penganjura­n pelbagai pesta, budaya dan sebagainya melalui aktiviti persatuan suku kaum,” katanya semasa berucap merasmikan Pesta Ampalud De Padau 2018 di pekarangan Jeti Pekan Beluran, di sini pada Ahad.

Pesta kali ke-11 itu dengan tema ‘Memartabat­kan Warisan Budaya Bangsa’ dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Beluran, Pejabat Parlimen Beluran dan Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Masyarakat Tidong Sabah (Petisa).

Katanya, perasaan muhibah sentiasa wujud dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Sabah kerana masyarakat sentiasa menghargai kebersamaa­n dan semangat kekitaan walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.

Itu sebabnya beliau sentiasa berusaha untuk hadir dalam setiap jemputan terhadap sesuatu pesta atau perayaan suku-suku kaum di Sabah kerana “kita merasakan bahawa kita adalah sebahagian daripada mereka,”

Justeru, Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri mengajak rakyat agar sentiasa menghormat­i dan menghargai kepelbagai­an serta terus bersatu padu kerana dengan adanya perpaduan yang mantap, maka seluruh masyarakat (semua kaum) di negeri ini boleh membangun bersama.

Beliau berkata, selain menghargai sesuatu pesta atau perayaan suku kaum, penganjura­n majlis seperti Pesta Ampalud De Padau (di Beluran), Pesta Kaamatan, Pesta Kalimaran dan sebagainya membolehka­n para pemimpin sentiasa turun padang, mendamping­i rakyat dan menyelami permasalah­an mereka.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa bangga ke atas semua wakil rakyat BN di negeri ini yang sentiasa turun padang dan bekerja keras untuk membolehka­n semua kawasan dapat menikmati kemajuan dan pembanguna­n.

Sebagai pemimpin katanya, harus sentiasa mengutamak­an rakyat, tidak bersikap sombong atau angkuh kerana gelaran ‘Yang Berhormat’ harus diterjemah­kan sebagai sebagai ‘Yang Berkhidmat’ untuk rakyat.

“Kita harus sedar, perlu berpijak di bumi nyata, diberi

(tiga kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Suhaili sambil diperhatik­an oleh James (kiri), Juslie, Ronald dan Zakaria (kanan).

“Inilah cara kita (kerajaan) menghargai sukusuku kaum di negeri ini dengan memberi sokongan terhadap penganjura­n pelbagai pesta, budaya dan sebagainya melalui aktiviti persatuan suku kaum. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

kepercayaa­n oleh rakyat (melalui pilihan raya), maka pemimpin perlu bekerja kuat berkhidmat untuk rakyat. Kalau boleh, kurangkan bercakap, banyakkan bekerja,” katanya.

Musa turut mengingatk­an rakyat di negeri ini agar tidak tertipu atau terpedaya dengan pihak pembangkan­g yang menjanjika­n itu dan ini, tetapi percayalah bahawa itu semua janji kosong dan tidak betul.

Tegasnya, kerajaan BN yang ditunjangi parti Umno terbukti berjuang membela nasib rakyat dan membawa pelbagai pembanguna­n untuk kemajuan kesejahter­aan hidup rakyat.

“Pemimpin mesti tunaikan janji, kotakan apa yang dikata dan janji ditepati,” ujarnya sambil menyatakan bahawa Sabah yang merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia sentiasa mendapat perhatian dan peruntukan yang besar daripada Kerajaan Pusat.

“Bayangkan saja, untuk pembaikan sekolah-sekolah daif di Sabah sahaja, kerajaan memberi peruntukan RM1 bilion (dalam Bajet 2018) dan kini ia dalam peringkat pelaksanaa­n,” katanya.

Menurutnya, peruntukan sebanyak itu tidak pernah diberikan sebelum ini untuk pembanguna­n sekolah daif pendidikan di Sabah, manakala projek jalan raya Pan Borneo yang sedang dilaksanak­an pastinya memberi banyak manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Dalam hubungan itu katanya, rakyat Sabah tahu bagaimana mengenang jasa para pemimpin dan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Undi BN, maka selamatlah kita. Pihak parti pembangkan­g ‘bergaduh’ sesama sendiri dan yang menderita adalah rakyat,” katanya.

Turut berucap pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Beluran Datu Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Presiden Petisa yang juga Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Haji Ajirol, Adun Sugut Datuk James Ratib dan Pegawai Daerah Beluran merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pesta Ampalud De Padau 2018 Suhaili Riman.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris yang juga Adun Gum-gum serta wakil Adun Labuk Abdul Rahman Kangkawang yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Labuk.

Lebih 3,000 orang menghadiri Pesta Ampalud De Padau 2018 yang turut dimeriahka­n dengan pelbagai acara pertanding­an sukan laut, pameran, persembaha­n nyanyian, tarian kebudayaan dan sebagainya.

 ??  ?? MUSA
MUSA
 ??  ?? MUSA (di jeti) bersama para tetamu yang lain menyaksika­n lintas hormat kapal berhias dan ‘padau kumindi’ (perahu berdiri) yang menarik dan unik selepas menyempurn­akan gimik perasmian Pesta Ampalud De Padau Beluran 2018.
MUSA (di jeti) bersama para tetamu yang lain menyaksika­n lintas hormat kapal berhias dan ‘padau kumindi’ (perahu berdiri) yang menarik dan unik selepas menyempurn­akan gimik perasmian Pesta Ampalud De Padau Beluran 2018.
 ??  ?? MUSA diarak di atas ‘padau’ dari tempat helikopter mendarat Kompleks Sukan Beluran ke Dataran Muara Beluran berhampira­n Jeti Pekan Beluran.
MUSA diarak di atas ‘padau’ dari tempat helikopter mendarat Kompleks Sukan Beluran ke Dataran Muara Beluran berhampira­n Jeti Pekan Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia