Utusan Borneo (Sabah)

Bentuk lebih banyak K1M

Kukuhkan perpaduan rakyat berbilang bangsa

-

PAPAR: Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Sabah disaran membentuk lebih banyak Komuniti 1Malaysia (K1M) di daerah ini bagi menyebar luaskan fungsi badan itu kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peranan K1M amat besar demi mengukuhka­n lagi perpaduan rakyat berbilang bangsa, selain berupaya menggalakk­an pembanguna­n ekonomi menerusi industri kecil dan sederhana (IKS).

“Sebagai sebuah badan yang dinaungi kerajaan di bawah seliaan Jabatan Penerangan, K 1 M berperanan bertindak sebagai barisan hadapan dalam komuniti setempat bagi membantu menyebarlu­askan dasar-dasar kerajaan, maklumat sahih dan tepat agar minda masyarakat tidak mudah terpengaru­h

GHULAM (dua dari kanan), Swady (kanan) dan Rosnah melihat parang yang dihasilkan oleh ahli K1M Kuala Suhaili Dally (kiri).

oleh maklumat yang dimanipula­si golongan yang tidak bertanggun­gjawab.

“Di sinilah letaknya fungsi K1M sebagai perantara antara rakyat dengan kerajaan dan tanggungja­wab itu begitu mencabar dengan persekitar­an sosial semakin kompleks serta capaian maklumat di hujung jari.

“Namun, dengan ketelusan dan keikhlasan dalam melaksanak­an gerak kerja serta program berkualiti untuk memperting­katkan kualiti ekonomi dan sosial masyarakat, kita mampu meyakinkan masyarakat agar terus menyokong dasar-dasar pembanguna­n yang telah, sedang dan akan dilaksana kerajaan.

“Papar memerlukan sentuhan lebih banyak K1M untuk menyebarlu­askan fungsi K1M yang pada saya

“Peranan K1M amat besar demi mengukuhka­n lagi perpaduan rakyat berbilang bangsa, selain berupaya menggalakk­an pembanguna­n ekonomi menerusi industri kecil dan sederhana (IKS). ” DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN Timbalan Menteri Kerja Raya

sangat positif dalam usaha kita untuk menerap nilainilai murni dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika merasmikan Program Sepakat K1M Peringkat Daerah di Padang Pekan Kinarut, malam Sabtu.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah Swady Guliling dalam ucapannya menyatakan K1M adalah mata dan telinga kerajaan untuk mendapatka­n maklumat mengenai isu-isu peringkat akar umbi.

Beliau juga mendedahka­n sehingga kini, 151 K1M ditubuhkan dengan keahlian seramai 6,040 di Sabah berbanding 1,500 K1M di seluruh Malaysia.

Pada program berkenaan, Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar menyampaik­an geran pengurusan berjumlah RM24,500 bagi K1M Daerah Papar kepada Pengerusi Permuafaka­tan K1M Daerah Ag Mahmud Pg Daud.

Selain beramah-mesra dengan masyarakat setempat, beliau turut melawat pameran oleh Japen Sabah serta produk dari K1M Pengalat, K1M Kuala dan K1M Kimanis di samping menyaksika­n persembaha­n hiburan oleh artis-artis Pentarama jabatan itu.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar merangkap Adun Kawang, Penolong Pegawai Daerah Raimy Pg Abd Rahman dan Pegawai Penerangan Daerah Ag Zebulbahar­i Ag Tusof.

 ??  ?? ROSNAH menyampaik­an replika cek Geran Pengurusan K1M Daerah Papar kepada Ag Mahmud (kanan), sambil diperhatik­an Ghulam (dua dari kanan) dan Swady (empat dari kiri).
ROSNAH menyampaik­an replika cek Geran Pengurusan K1M Daerah Papar kepada Ag Mahmud (kanan), sambil diperhatik­an Ghulam (dua dari kanan) dan Swady (empat dari kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia