Utusan Borneo (Sabah)

Hanya BN mampu bela nasib rakyat: Hamisa

-

TAWAU: Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat mengajak seluruh rakyat untuk bersyukur dan membalas budi dengan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata ia kerana hanya kerajaan negeri melalui BN yang mampu membela nasib rakyat dan memberikan limpahan pembanguna­n selama ini.

Katanya rakyat perlu menyedari pembangkan­g hanya datang bermusim dan tidak seperti kerajaan yang sentiasa mengambil kira kepentinga­n rakyat pada setiap masa.

“Mereka ini patut ditolak kerana datangnya mereka ini bermusim… ada juga yang datang lima tahun sekali untuk mencuba nasib,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Palasan Pusat Perhutanan Luasong, di sini pada Sabtu.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata hanya kerajaan BN satu-satunya parti di negeri ini yang mempunyai perancanga­n baik bagi membangunk­an Malaysia dan juga Sabah.

Menurutnya pakatan pembangkan­g tidak mempunyai persiapan dan perancanga­n dalam membangunk­an pelbagai kemudahan seperti yang dilakukan BN, yang membawa masyarakat ke arah hidup lebih sejahtera dan selesa.

“Saya tidak rasa pakatan pembangkan­g boleh buat apa yang BN telah lakukan selama ini. Bukan nak sombong, tetapi hanya BN mempunyai persiapan sama ada dari bentuk kepimpinan ataupun pemikiran yang boleh menukar dan memajukan negara ini.

“Kita ambil contoh, BN memilih calon yang berpengala­man, boleh tolong rakyat, mempunyai kepandaian serta sanggup membela nasib rakyat di sini,” katanya.

Beliau percaya penduduk di DUN Tanjong Batu dalam Parlimen Kalabakan berkehenda­kkan kemajuan dan mereka pastinya tidak mahu tersisih daripada arus pembanguna­n perdana negara.

“Masyarakat harus yakin terhadap calon BN berbanding pembangkan­g untuk terus menikmati keselesaan hidup selepas pilihan raya nanti. Kerajaan BN tidak pernah menyisih rakyat di kawasan pembangkan­g, sebaliknya tetap melaksana pelbagai usaha demi menjaga kebajikan rakyat supaya tidak terpinggir daripada arus pembanguna­n.

“Kita perlu ketepikan agenda peribadi tersembuny­i orang tertentu tetapi lebih kepada agenda berkhidmat untuk rakyat supaya imej parti tidak rosak. Jika rosak pasti sukar untuk dipulihkan semula,” katanya.

Terdahulu, Hamisa menghadiri Karnival Jualan Sentuhan Rakyat peringkat Parlimen Kalabakan di Kg Kalabakan.

 ??  ?? HAMISA bersama penduduk kampung pada program berkenaan.
HAMISA bersama penduduk kampung pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia