Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 15,000 hadir Hari Terbuka KD Sri Indera Sakti

- Oleh AMIR ANUAR

LEBIH 15,000 orang mengunjung­i KD Sri Indera Sakti yang berlabuh selama 10 jam di Pelabuhan Tawau pada Sabtu. Sekalipun cuaca panas terik bersilih-ganti dengan hujan lebat, namun orang ramai tetap hadir untuk melihat sendiri kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu.

Kapal pemerintah pelbagai fungsi dan sokongan itu mempunyai berat 4,300 tan, panjang 100 meter, lebar 15 meter serta halajunya mampu bergerak pada kelajuan 16.8 knot.

KD Sri Indera Sakti juga dilengkapi dengan meriam termasuk meriam anti pesawat, pelantar helikopter dan mampu berada di laut selama dua bu- lan tanpa balik ke pangkalan.

Pegawai Memerintah KD Sri Indera Sakti Komander Mohamad Sham Saimon berkata hari terbuka itu bertujuan mempromosi­kan kerjaya TLDM.

“Kita sentiasa mencari anak watan Sabah/Sarawak supaya menyertai TLDM untuk mendapatka­n anggota simpanan ataupun tetap yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata usaha itu juga bertujuan mendekatka­n lagi TLDM dengan masyarakat khususnya melibatkan konsep sosial ataupun mesra rakyat.

Menurutnya, pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri kerjaya TLDM secara dekat kerana setiap pegawai dan anggota berpakaian seragam lengkap semasa bertugas.

“Kita juga menunjukka­n moral tentera yang tinggi, selain berkongsi pameran pelbagai peralatan yang digunakan serta melakukan persembaha­n (istimewa),” katanya.

Sham berkata selepas ini KD Sri Indera Sakti akan meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu sebelum ke Sibu dan kembali ke pangkalan TLDM di Lumut, Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Abdul Muis Picho menyifatka­n kehadiran ramai warga Tawau sebagai positif dan menunjukka­n semangat patriotism­e rakyat.

Pada masa sama, beliau memuji ibu bapa yang membawa anak-anak ke program itu dan berharap lebih ramai anak Sabah tanpa mengira keturunan akan tampil menyertai TLDM.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kanan) MUIS (dua kanan) meninjau bilik kawalan operasi KD Sri Indera Sakti dengan ditemani Sham (tiga
kanan) dan ahli rombongann­ya. (Gambar kiri) WALAUPUN hujan lebat, orang ramai tetap sabar menunggu giliran untuk menaiki KD Sri Indera Sakti.
(Gambar kanan) MUIS (dua kanan) meninjau bilik kawalan operasi KD Sri Indera Sakti dengan ditemani Sham (tiga kanan) dan ahli rombongann­ya. (Gambar kiri) WALAUPUN hujan lebat, orang ramai tetap sabar menunggu giliran untuk menaiki KD Sri Indera Sakti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia