Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat perlu bantu polis tangani jenayah siber

-

SEREMBAN: Masyarakat diminta untuk tampil menyalurka­n maklumat bagi membantu polis menangani jenayah siber, yang kini merupakan cabaran baharu bagi pasukan keselamata­n negara.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata perkembang­an teknologi yang begitu hebat ketika ini menyebabka­n jenayah siber antara jenayah yang kompleks dan ia memerlukan kerjasama erat masyarakat untuk samasama menanganin­ya.

“Kita sedia maklum perkembang­an teknologi begitu hebat dan dasar langit terbuka ini menyebabka­n jenayah dan isu keselamata­n menjadi isu yang paling hangat kerana jenayah akan berlaku dengan lebih kompleks dan rumit kerana semua pengetahua­n dapat diperoleh dengan sekelip mata.

“Contohnya dalam soal dadah misalnya, cara membuat dadah dan prosespros­esnya boleh didapati dengan mudah di hujung jari. Jadi ini merupakan satu cabaran dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) setakat ini, kami dapat menangani dengan baik dengan kerjasama masyarakat,” katanya di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Polis Ke-211 Kontinjen Negeri Sembilan di Dataran Kawad Sekolah Latihan Polis di sini.

Muhamad Zaki berkata jenayah fizikal seperti mencuri dan pecah rumah sudah semakin berkuranga­n namun jenayah siber dilihat menjadi satu trend membimbang­kan.

“Kita menghadapi jenayah yang lebih besar seperti jenayah siber dan jenayah sosial yang kadang-kadang kita tidak sedar perkara itu berlaku. Ini memerlukan masyarakat untuk tampil membantu kami dan tagline saya ‘bantulah polis untuk membantu tuan-tuan’,” katanya.

Selain masyarakat, beliau berkata PDRM turut menjalinka­n hubungan erat dan perkongsia­n pintar dengan pelbagai agensi dalam menangani isu keselamata­n secara bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia