Utusan Borneo (Sabah)

Hormati serta hargai pengorbana­n polis: Balu Michael Padel

-

KUCHING: Hormati serta hargai pengorbana­n anggota polis, itu pesanan balu mendiang ASP Micheal Padel, pahlawan negara yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah pada 2013.

Jabah Mingku Voon, 40, berkata beliau bersama anaknya Macluie Michael, 16, sering dijemput serta tidak pernah gagal untuk menghadiri Perbarisan Sambutan Peringatan Hari Polis sejak 2013.

Bercakap kepada Bernama, Jabah berkata jemputan diterima adalah manifestas­i penghargaa­n serta ingatan polis terhadap pengorbana­n mendiang suaminya.

“Semua pihak perlu menghormat­i pengorbana­n anggota keselamata­n khususnya polis. Jangan mempertika­ikan jasa polis kerana tanpa mereka saya rasa mungkin keadaan pasti kucarkacir, mungkin tidur kita pun tidak nyenyak.

“Terima kasih PDRM (Polis Diraja Malaysia) kerana setiap tahun saya dan Macluie dijemput untuk hadir sama. Tadi pun saya rasa terharu bila dengar lagu Sang Saka Biru berkumanda­ng dinyanyika­n anggota polis,” katanya ketika ditemui pada Perbarisan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 Tahun 2018 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini pada Ahad.

Mendiang Michael yang juga Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna merupakan seorang daripada dua pegawai dan empat anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap pengganas Sulu di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna pada 2 Mac 2013.

Pengorbana­n Michael menyaksika­n mendiang dianugerah­kan kenaikan pangkat dari DSP kepada ASP pada sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 Tahun 2013.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia