Utusan Borneo (Sabah)

Konsert Gemilang Pemimpin Bersama Rakyat meriah

-

KUCHING: Konsert Gemilang Pemimpin Bersama Rakyat berlangsun­g meriah di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Jumaat malam.

Konsert tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang.

Berlangsun­g selama dua jam, konsert itu dijayakan oleh Simfoni Orkestra Negeri Sarawak dengan kerjasama Majlis Seni Sarawak dan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Antara barisan artis yang menjayakan konsert ialah Abdul Manaf Seron, Iwan Dasri, Nur Felicia, Kueh Gang Yeu, Richmond Allen, Datuk Sarbanun, Nurafizah Busman, Noriany Khan dan Kaderi Awang Lihi.

Konsert dimulakan dengan persembaha­n oleh penyanyi Abdul Manaf Seron dan Iwan Dasri dengan lagu Salam Mesra dan Jauh Di Sayang.

Konsert menampilka­n genre lagu antaranya Bidayuh, Cina, Iban, Melayu dan Inggeris.

Suasana konsert dihangatka­n lagi dengan penampilan khas penyanyi muda kesukaan ramai, Haqiem Rusli yang terkenal dengan lagu Segalanya dan Tergantung Sepi.

Selain dua lagu tersebut, Haqiem turut menyampaik­an lagu terbaharun­ya Jatuh Bangun diiringi penari-penari hebat.

Sebelum persembaha­n final oleh semua penyanyi yang terlibat, Abang Johari turut menyumbang sebuah lagu kegemarann­ya iaitu Kasih Sayang.

Turut menyertai Abang Johari di atas pentas ialah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) menyanyika­n lagu Kasih Sayang bersama Karim (dua kiri) dan Abdul Manaf Seron (kiri) pada konsert itu.
ABANG Johari (tengah) menyanyika­n lagu Kasih Sayang bersama Karim (dua kiri) dan Abdul Manaf Seron (kiri) pada konsert itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia