Utusan Borneo (Sabah)

Daftar kelahiran anak, elak masalah kewarganeg­araan

Ibu bapa khasnya di luar bandar dan pedalaman perlu sedar kepentinga­n memiliki dokumen pengenalan diri yang sah

-

MIRI: Ibu bapa khasnya di kawasan luar bandar dan pedalaman perlu mendaftark­an kelahiran anak-anak bagi mengelak masalah kewarganeg­araan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Keseniaan dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, terdapat kanakkanak tidak bersekolah kerana tiada sijil kelahiran atau kad pengenalan.

“Kita amat bersimpati kanak-kanak yang lahir di Sarawak tidak mempunyai sijil kelahiran seterusnya menyukarka­n peluang kanakkanak ini untuk bersekolah,” katanya pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin itu memberitah­u, ibu bapa di luar bandar dan pedalaman perlu sedar kepentinga­n mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Jika tiada sijil lahir atau kad pengenalan, anak-anak tidak dapat bersekolah bahkan hak mereka untuk mendapatka­n bantuan kerajaan juga amat sukar,” jelasnya.

Terdahulu, Lee menyampaik­an sijil kelahiran dan kad pengenalan kepada 19 penerima dari kawasan DUN Senadin.

Mereka terdiri daripada pemohon berusia antara 13 tahun dan 55 tahun yang lahir di luar bandar tetapi telah berhijrah dan bekerja di kawasan bandar.

Lee menarik perhatian, kerajaan juga telah berusaha untuk membasmi masalah buta huruf dalam kalangan penduduk luar bandar.

“Saya akan cuba memanjangk­an masalah kanak-kanak tidak bersekolah ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri agar mereka juga berpeluang untuk bersekolah,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatk­an ibu atau bapa yang mempunyai status warganegar­a Malaysia agar mendaftark­an bayi mereka selepas lahir.

“Jika salah seorang ibu atau bapa warganegar­a Malaysia, maka bayi yang baharu lahir itu layak menerima status kewarganeg­araan Malaysia,” jelasnya.

Hadir sama Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) Jabatan Pendaftara­n Negara Affrizan Bujang dan Ketua Operasi Biro Aduan Awam SUPP Miri Erick Chin Fen Siong.

“Kita amat bersimpati kanak-kanak yang lahir di Sarawak tidak mempunyai sijil kelahiran seterusnya menyukarka­n peluang kanak-kanak ini untuk bersekolah. ” DATUK LEE KIM SHIN

Menteri Muda Pelanconga­n, Keseniaan dan Kebudayaan

 ??  ?? LEE (empat kiri) merakamkan kenangan bersama para penerima sijil kelahiran dan kad pengenalan di pejabat JPN Miri.
LEE (empat kiri) merakamkan kenangan bersama para penerima sijil kelahiran dan kad pengenalan di pejabat JPN Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia