Utusan Borneo (Sabah)

236 keluarga terima bantuan RM226,560 menerusi program Yayasan MyKasih

-

MIRI: Sebanyak 236 keluarga termasuk golongan orang kelainan upaya( O KU) di sini menerima bantuan berjumlah RM226,560 menerusi program Yayasan MyKasih.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, kesemua penerima akan mendapat bantuan RM80 sebulan selama satu tahun.

“Inisiatif ini merupakan usaha Yayasan MyKasih untuk membantu mereka yang memerlukan membeli barang keperluan asas sekali gus mengurangk­an beban perbelanja­an bulanan,” katanya pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin itu memberitah­u bantuan itu akan dikreditka­n secara terus ke dalam MyKad wakil keluarga yang berpendapa­tan di bawah RM1,500 sebulan.

“Penerima boleh menggunaka­n bantuan ini untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, gula, roti, beras, biskut, minyak masak, telur dan sebagainya di kedai terpilih dan berlogo MyKasih,” katanya.

Inisiatif Yayasan MyKasih itu tambahnya, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memberi bantuan bersasar kepada mereka yang layak, selain mengelak berlakunya ketirisan.

Kaedah bantuan disalurkan kepada penerima adalah unik kerana ia menggunaka­n teknologi terkini pada MyKad selepas didaftarka­n dalam sistem MyKasih.

“Penerima hanya perlu membawa MyKad untuk membeli barangan keperluan sahaja dan bertanda MyKasih di pasar raya terpilih seperti Giant Supermarke­t di sini,” katanya.

Lee juga memuji inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Najib Razak Club (NRC) 11 yang berusaha mengumpul penerima yang layak untuk bantuan terbabit.

 ??  ?? LEE (tiga kiri) memeriksa barangan keperluan asas yang dibeli oleh penerima bantuan MyKasih di Giant Supermarke­t Miri.
LEE (tiga kiri) memeriksa barangan keperluan asas yang dibeli oleh penerima bantuan MyKasih di Giant Supermarke­t Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia