Utusan Borneo (Sabah)

KRT berperanan penting pupuk semangat kejiranan, kata Fadillah

-

KUCHING: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) memainkan peranan penting untuk memupuk semangat kejiranan di sesuatu kawasan perumahan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata semangat kejiranan perlu dipupuk kerana pendudukny­a mempunyai pelbagai latar belakang.

“Menerusi KRT, penduduk dari pelbagai latar belakang akan dapat berkenalan dan mengenali antara satu sama lain.

“Ini penting bagi memastikan persekitar­an kejiranan yang harmoni serta selamat untuk didiami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sukaneka KRT Rasmaja, Taman Matang Jaya 3 di sini, pada Sabtu.

Pada program itu, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya turut menyatakan komitmenny­a untuk menyokong penuh program anjuran KRT tersebut ke arah pembanguna­n penduduk.

Selain program berbentuk sukaneka, Fadillah turut menggalakk­an KRT supaya menganjurk­an program lain seperti motivasi yang melibatkan ibu bapa serta anak-anak.

Program motivasi pendidikan katanya, amat penting untuk mempersiap­kan anak-anak masa kini berhadapan dengan cabaran pada masa akan datang lebihlebih lagi dalam dunia serba canggih yang beralih daripada alam nyata kepada alam maya.

Sementara itu, program sukaneka semalam merupakan yang pertama diadakan oleh KRT Rasmaja, Taman Matang Jaya 3 sejak ditubuhkan pada April tahun lepas.

Meskipun terpaksa berlangsun­g dalam cuaca hujan, program sukaneka itu tetap meriah dengan kehadiran ramai penduduk dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

 ??  ?? FADILLAH (berdiri lapan kanan) merakamkan kenangan bersama penduduk KRT Rasmaja, Taman Matang Jaya 3 selepas program sukaneka.
FADILLAH (berdiri lapan kanan) merakamkan kenangan bersama penduduk KRT Rasmaja, Taman Matang Jaya 3 selepas program sukaneka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia