Utusan Borneo (Sabah)

CIMB-Principal China Direct Opportunit­ies Fund tawar akses terus ke Saham-China A

-

KUALA LUMPUR: CIMBPrinci­pal Asset Management Bhd melancarka­n dana yang menumpukan kepada China, CIMB-Principal China Direct Opportunit­ies Fund, di bawah lesen Pelabur Institusi Asing Layak Renminbiny­a.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Munirah Khairuddin, dalam satu kenyataan berkata menerusi dana ini, pelabur Malaysia akan mempunyai akses terus kepada peluang sejagat yang belum dimanfaatk­an sehingga sekarang, yang sebelum ini hanya boleh diakses oleh rakyat China.

Akses ke pasaran SahamChina A juga menyokong strategi pertumbuha­n dan pempelbaga­ian CIMB-Principal yang akan meningkatk­an keseluruha­n keupayaan penasihat pelaburann­ya, katanya.

“Kami optimistik dengan permintaan daripada pelabur Malaysia dan kami yakin dapat mencapai sasaran saiz dana kami sebanyak AS$100 juta (AS$1 = RM3.91) dalam tahun pertama penubuhann­ya,” katanya.

CIMB-Principal adalah entiti pertama di Malaysia yang dianugerah­kan lesen ini yang membolehka­n ia melabur terus dalam pasaran Saham-China A, memberikan­nya kelebihan utama untuk meningkatk­an nilai pelanggann­ya di samping mengukuhka­n kedudukan penerajuny­a dalam industri pengurusan aset, di Malaysia dan juga peringkat serantau.

Dana itu bertujuan menyediaka­n peningkata­n modal dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang dan akan melabur minimum daripada 70 peratus nilai aset bersihnya dalam Saham-China A menumpukan terutamany­a kepada syarikat permodalan kecil dan sederhana dengan potensi pertumbuha­n yang baik, manakala baki 30 peratus daripada nilai aset bersihnya akan dilabur dalam aset cair.

Ia diuruskan bersama oleh CCB Principal Asset Management Co Ltd, satu daripada firma pengurusan aset paling pantas berkem- bang di China – disokong oleh China Constructi­on Bank, kumpulan kewangan prinsipal berpangkal­an di Amerika Syarikat dan China Huadian Capital Holdings Co Ltd – dengan aset di bawah pengurusan sebanyak AS$207 bilion sehingga Disember 2017.

Penanda aras bagi dana itu ialah Shanghai Shenzhen CSI 500 Index, yang terdiri daripada beberapa syarikat kecil dan sederhana paling pantas berkembang dengan potensi menjadi pemain global.

Dana itu menawarkan unit dalam tiga kelas mata wang iaitu ringgit, dolar Singapura dan dolar AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia