Utusan Borneo (Sabah)

Perkhidmat­an kewangan sumber utama pembiayaan sektor swasta

-

KUALA LUMPUR: Sektor perkhidmat­an kewangan Malaysia merupakan sumber utama pembiayaan bagi sektor swasta untuk menjalanka­n aktivti perniagaan dan merangsang pertumbuha­n ekonomi, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Kewangan, Datuk Siti Zauyah Md Desa.

Ekonomi Malaysia telah membuktika­n ketahanann­ya dalam persekitar­an ekonomi global yang tidak menentu dengan memacu bidang fokus strategik dalam industri kewangan, katanya dalam Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara 2017 yang dikeluarka­n di sini, kelmarin.

Menurut Siti Zauyah, industri kewanga negara yang mantap ini adalah hasil daripada perancanga­n yang teliti dan pelaksanaa­n inisiatif Kerajaan yang direka khas untuk memperkuat­kan sektor ini.

Inisiatif-inisiatif ini termasukla­h NKEA Perkhidmat­an Kewangan di bawah NTP, Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) 2000, Pelan Sektor Kewangan 2011-2020, Pelan Induk Pasaran Modal 2 dan usaha-usaha di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Menurut laporan itu, langkah kerajaan untuk mempelbaga­ikan ekonomi dalam rangkuman sektor perkhidKUA­LA matan membolehka­n Malaysia menghadapi cabaran ekonomi dunia.

Subsektor perkhidmat­an kewangan merangkumi kira-kira 14 peratus sektor perkhidmat­an, dan sektor perkhidmat­an pula mewakili hampir 53 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara antara tahun 2010 dan 2016.

“Antara usaha yang diambil untuk membangunk­an industri kewangan negara termasukla­h menambah baik tadbir urus, daya saing, integrasi serantau dan keterangku­man.

“Kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah dalam memastikan perkhidmat­an kewangan menyokong keusahawan­an dan inovasi,” kata Siti Zauyah.

Aktiviti dalam NKEA masih kekal diterajui oleh sektor swasta yang dipandu oleh para pengawal selia, bagi memastikan akses kepada perkhidmat­an kewangan dan kemampuan Malaysia memperkemb­angkan rangkaian serantau serta inovasi melalui teknologi kewangan, menurut laporan.

Salah satu cabaran yang dihadapi industri ini adalah peningkata­n populariti syarikat-syarikat FinTech (teknologi kewangan) yang mengganggu cara kerja perbankan tradisiona­l.

“Hal ini membawa cabaran yang besar kepada bank-bank tradisiona­l kerana mereka tidak mampu menyesuaik­an diri kepada perubahan dengan cepat, bukan sahaja dari segi teknologi, malah dari segi operasi, budaya dan halhal lain dalam industri,” katanya.

Antara isu lain yang menjadi kerisauan dalam peningkata­n FinTech adalah kebarangka­lian ‘kebocoran’ cukai, dan cabaran mengenakan cukai terhadap hasil yang dijana melalui e-dagang atau transaksi FinTech lain yang mampu memintas pengawalse­liaan dengan mudah, katanya

Namun begitu, katanya Kerajaan telah mempersiap­kan perkhidmat­an kewangan untuk memanfaatk­an teknologi disruptif seperti FinTech, sejajar dengan amalan antarabang­sa.

“Usaha ini termasukla­h memperkena­lkan persekitar­an kawal selia yang kondusif dan mampu memanfaatk­an FinTech demi proses modenisasi, selain meningkatk­an daya saing pasaran kewangan dan pembiayaan domestik

Sistem kewangan Malaysia disepaduka­n di peringkat serantau untuk menyokong hubungan ekonomi dan kewangan yang lebih kukuh seperti yang ditonjolka­n dengan kehadiran dan aktiviti bank komersial Malaysia di kalangan negara ASEAN.

Menurut laporan itu, sehingga tahun 2017, nilai modal, pasaran ekuiti dan hutang masing-masing berjumlah RM3.2 trilion, RM1.9 trilion dan RM1.3 trilion, manakala aset di bawah pengurusan berjumlah RM776.2 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia