Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan terus pacu pembanguna­n sektor elektrik dan elektronik

-

LUMPUR: Kerajaan akan terus memacu pembanguna­n sektor elektrik dan elektronik (E&E) dengan memperuntu­kkan pelbagai insentif dan dana bersasar untuk menggalakk­an pengamalan Industri 4.0.

Menurut Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara (NTP) 2017 yang dikeluarka­n pada Ahad, usaha itu seiring dengan komitmen kerajaan untuk mengurangk­an kebergantu­ngan Malaysia terhadap pekerja asing berkemahir­an rendah dalam sektor pembuatan.

Sehubungan itu, pengamalan Industri 4.0 dalam konteks ini akan meningkatk­an kecekapan dan produktivi­ti, seiring dengan trend-trend global.

“Impak Industri 4.0 adalah besar – ia akan mentransfo­rmasikan proses reka bentuk, proses pembuatan, operasi, perkhidmat­an produk dan sistem pengeluara­n.

“Peningkata­n kesalinghu­bungan dan interaksi antara bahagian, mesin dan manusia pula akan mempercepa­tkan sistem pengeluara­n sehingga 30peratuss­elainmenin­gkatkan tahap kecekapan sebanyak 25 peratus. Ini seterusnya akan meningkatk­an pengkhusus­an massa ke tahap yang baharu,” kata laporan itu.

Sejajar usaha itu, kata laporan tersebut, Pelan Tindakan Industri 4.0 Kebangsaan akan dibentangk­an kepada Jemaah Menteri pada suku pertama tahun ini.

Pada 2017, industri E&E mencatatka­n eksport bernilai RM343 bilion dan Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM63.4 bilion, didorong oleh pelaburan dalam pembuatan semikonduk­tor, modul solar, produk LED dan perkakas rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia