Utusan Borneo (Sabah)

Xeno Band juara Battle Of The Bands Ranau

-

PERSEMBAHA­N yang cukup mantap oleh penyanyi solo Nurain Asyikin Ibrahim, 26, yang dinobatkan sebagai Vokalis Terbaik membawa tuah kepada kumpulan Xeno Band dari Putatan apabila muncul juara Battle of the Bands Ranau 2018.

Kumpulan itu mengetepik­an empat kugiran lain yang berentap pada pertanding­an akhir sempena Karnival Budaya ‘Kanou Moginakan’ di Tapak Tamu Bulanan Ranau pada Sabtu.

Dengan gelaran Vokalis Terbaik, Nurain Asyikin membawa pulang sebuah piala rebutan manakal kumpulanny­a Xeno Band pula meraih sebuah piala iringan berserta wang tunai RM2,000 dan sijil penyertaan.

Naib johan disandang kumpulan D’Appregio Band dari Ranau untuk menerima wang tunai RM1,500 bersama piala iringan dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga diberikan kepada Inertia Band juga dari Ranau dengan hadiah RM1,000 berserta sebuah piala iringan dan sijil penyertaan.

Sementara dua kumpulan lain yang turut bertanding, Woodpacker Band dari Tuaran dan Velarie Band dari Kinabatang­an masingmasi­ng menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM600 berserta sijil penyertaan.

Kesemua hadiah telah disampaika­n oleh Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Bersama Karnival Budaya ‘Kanou Moginakan’ peringkat daerah Ranau 2018, Haji Faimin Kamin yang juga selaku perasmi pertanding­an akhir itu bersama Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) William Baya.

Faimin ketika ditemui memuji usaha jawatankua­sa penganjur khususnya LKNS kerana mengendali­kan pertanding­an itu dengan jayanya.

“Selain hiburan, pertanding­an seumpama ini juga mampu mencungkil dan mengasah serta mengetenga­hkan bakat para belia dalam bidang muzik,” katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Amisah Yassin, Timbalan Pengerusi LKNS Datuk Haji Jaimin Samitah dan Pemaju Mukim Karanaan Haji Suhaimi Manjun.

“Selain hiburan, pertanding­an seumpama ini juga mampu mencungkil dan mengasah serta mengetenga­hkan bakat para belia dalam bidang muzik.” HAJI FAIMIN KAMIN Pegawai Daerah Ranau

 ??  ?? NORAIN Asyikin (mencangkun­g, kiri) bersama kumpulan Xeno Band Putatan.
NORAIN Asyikin (mencangkun­g, kiri) bersama kumpulan Xeno Band Putatan.
 ??  ?? FAIMIN (empat kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada ketua kumpulan D’Appregio Band sambil diperhatik­an William dan yang lain.
FAIMIN (empat kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada ketua kumpulan D’Appregio Band sambil diperhatik­an William dan yang lain.
 ??  ?? KAMARUL Azman Kawasin dari Kundasang turut menghiburk­an penonton dengan tiupan serulingny­a.
KAMARUL Azman Kawasin dari Kundasang turut menghiburk­an penonton dengan tiupan serulingny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia