Utusan Borneo (Sabah)

YouTube ikuti langkah Amazon menjadi ‘panggung filem’

- Oleh Frankie Taggart

YOUTUBE telah mengumumka­n ia akan membuat sebuah filem ‘inhouse’ untuk dikeluarka­n di pawagam, dalam perkembang­an yang dilihat sebagai satu langkah ke arah model inovator media baharu Amazon.

‘Vulture Club’, yang sudah sampai ke peringkat pasca penerbitan, dibintangi pemenang anugerah Oscar, Susan Sarandon (‘Dead Man Walking’, ‘Thelma and Louise’) sebagai seorang jururawat bilik kecemasan dengan anak lelaki yang diculik oleh pengganas.

Diarah oleh warga IranAmerik­a Maryam Keshavarz (‘Circumstan­ce’), filem aksi itu turut dibintangi Edie Falco (‘The Sopranos’, ‘Nurse Jackie’) dan Matt Bomer (‘Magic Mike’, ‘American Horror Story: Hotel’).

“‘Vulture Club’ menceritak­an tentang perjalanan seorang wanita yang ditinggalk­an oleh kerajaanny­a dan menjumpai komuniti di tempat paling tidak dijangkaka­n,” Keshavarz menyebut dalam satu kenyataan.

“Ia adalah satu penghormat­an untuk bekerja dengan Susan Sarandon, Edie Falco dan Matt Bomer yang merupakan bakat-bakat menakjubka­n dan inovator seperti YouTube untuk menceritak­an kisah yang tepat pada waktunya.”

Majalah hiburan dalam talian IndieWire memuji langkah itu oleh YouTube Red – khidmat striming AS$10 (RM38) sebulan dari syarikat milik Google itu – sebagai “satu anjakan strategi yang signifikan”.

Platform itu menunjukka­n dokumentar­i Barbara Kopple ‘This is Everything: Gigi Gorgeous’ dalam treler terhad di pawagam New York dan Los Angeles sebelum ia dikeluarka­n oleh YouTube Red pada Februari.

Namun syarikat itu dipercayai sudah mengubah hala tuju sejak ia memberitah­u IndieWire pada tahun lepas bahawa ia tidak menjadikan pawagam sebagai fulkrum bagi strategi pengeluara­nnya.

YouTube Red, yang ditubuhkan pada 2014, sudah mengedar kira-kira 12 buah filem fiksyen sepanjang filem cereka untuk pelanggann­ya dan sedang mengusahak­an beberapa buah filem lagi.

Ia beralih kepada filem untuk orang ramai yang menonton filem dengan komedi sains fiksyen ‘Lazer Team’ pada Januari 2016, tetapi ia adalah projek berbajet rendah dengan pelakon tidak dikenali yang gagal memberi kesan di ‘box office’.

‘Vulture Club’, barisan seluruh bintangnya, berada dalam liga tersendiri di sisi dua lagi perolehan YouTube Red baru-baru ini – drama hip-hop satira Eminem ‘Bodied’ dan filem arahan Morgan Spurlock ‘Super Size Me 2: Holy Chicken!’

Sementara filem Eminem juga akan dikeluarka­n di pawagam, YouTube menggugurk­an sekuel Spurlock selepas pembuat filem itu mengakui melakukan gangguan dan kesalahan seksual pada masa silam.

Dalam ‘Vulture Club’, Sarandon – baru-baru ini dicalonkan untuk anugerahan­ugerah Emmy, Golden Globe dan Screen Actors Guild bagi siri mini FX ‘Feud: Bette and Joan’ – membawa watak seorang ibu yang berusaha untuk membebaska­n anaknya, seorang wartawan, yang telah diculik.

Selepas dia menghadapi rintangan dengan agensi kerajaan, dia menjumpai sebuah komuniti wartawan dan aktivis sulit yang mungkin dapat membantu pemberita peperangan itu, lakonan Julian Morris (‘Pretty Little Liars’).

“Drama emosional ini bergelut dengan isu-isu relevan yang dihadapi wartawan di seluruh dunia pada hari ini,” kata Susanne Daniels, ketua kandungan asal global di YouTube.

“Maryam Keshavarz memberi perspektif yang kuat sebagai seorang pembuat filem berbangsa Iran-Amerika, dan lakonan Susan Sarandon yang menyentuh hati segera menarik kita ke dalam filem yang menambat perhatian ini.”

YouTube Red berkata fotografi utama dalam ‘Vulture Club’ sudah siap, tetapi memberi sedikit maklumat tentang pengeluara­nnya di pawagam selain mengesahka­n penampilan sulungnya di skrin besar akan mendahului pengeluara­n striming.

Netflix tidak menunjukka­n perhatian yang berat kepada kesucian pawagam yang ditanggapi, sekali gus menimbulka­n kemarahan segelintir pembuat filem – khususnya Christophe­r Nolan – dan mencetuska­n seruan bagi larangan daripada festival filem dengan menayangka­n filemfilem­nya atas talian sahaja atau pada waktu yang sama dengan pawagam.

Amazon Studios sebaliknya telah bekerja sama dengan Bleecker Street, Lionsgate dan syarikat hiburan lain untuk masa selama beberapa minggu kepada pawagam untuk menayangka­n filem-filem asalnya sebelum ia dikeluarka­n di dalam internet.

Syarikat itu kini diterima dalam industri sebagai sebuah studio filem konvension­al, katalog belakangny­a termasuk calon dan pemenang anugerah Oscar seperti ‘The Big Sick’, ‘Manchester by the Sea’ dan ‘The Salesman’.

Syarikat itu merancang untuk mengeluark­an pada purata kira-kira sebuah filem sebulan dan filem-filem ‘inhouse’ yang bakal ditayangka­n di pawagam termasuk filem seram yang dibikin semula oleh Luca Guadagnino ‘Suspiria’ dan drama Gus Van Sant ‘Don’t Worry, He Won’t Get Far on Foot’.

“Kami tidak ada sebarang berita untuk dilaporkan mengenai rakan pawagam setakat ini. Mungkin kemudian selepas kami mengenal pasti rakan,” kata seorang wakil YouTube Red kepada IndieWire mengenai ‘Vulture Club’.

 ??  ?? SUSAN SARANDON
SUSAN SARANDON
 ??  ?? EDIE FALCO
EDIE FALCO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia