Utusan Borneo (Sabah)

Empat pendaki Jepun sahut cabaran ekspedisi Low’s Gully

- Merakam gambar kenangan bersama pegawai Taman-Taman Sabah

SERAMAI empat pendaki dari Jepun iaitu Naruse Yoichi, Sato Yusuke, Tanaka Satoru dan Kobayashi memulakan cabaran Ekspidisi Low’s Gully, Gunung Kinabalu pada Sabtu.

Pendakian bermula dari Kg Malangkap Tomis menyusuri Sungai Panataran menuju ke Low’s Gully dan Low’s Peak (4092.5m) sebelum turun ke Timpohon Gate, Taman Kinabalu.

Menurut Pengarah Taman-Taman Sabah Dr.Jamili Nais, sekiranya pendakian itu berjalan lancar, kesemua pendaki akan tiba di Timpohon Gate pada 29 atau 30 Mac ini.

“Ekspedisi kali ini adalah sangat menarik kerana semenjak Gunung Kinabalu diwartakan sebagai kawasan taman pada 1964, belum pernah pendakian ke Low’s Gully dilakukan bermula dari kawasan Kota Belud melalui laluan Panataran,” katanya.

Pendakian ekspedisi Low’s Gully yang pertama dilakukan pada tahun 1994 oleh 10 askar British tetapi tidak berjaya.

Pada 1998, Joint Expedition MalaysiaBr­itish seramai 12 orang yang turut diketuai oleh Renjer Kanan TamanTaman Sabah, Martin Moguring dan John Sangkig telah berjaya menamatkan ekspedisi itu dengan jayanya.

Pendakian itu telah membuka laluan kepada pendakian ekspedisi Low’s Gully yang seterusnya. Kejayaan ekspedisi Panataran-Low’s Gully, Gunung Kinabalu ini akan membuka lembaran sejarah baharu bagi pendakian Gunung Kinabalu.

Sebagai langkah keselamata­n, pihak Taman-Taman Sabah akan membuat pemantauan di laluan ekspedisi yang telah ditentukan termasukla­h pemantauan dari udara, kata Jamili semasa pelancaran Ekspedisi Panataran-Low’s Gully di Kota Kinabalu.

 ??  ?? PESERTA
PESERTA
 ??  ?? PESERTA sedang mendengar taklimat sebelum pendakian bermula.
PESERTA sedang mendengar taklimat sebelum pendakian bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia