Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga dan rakan Kim Wall rai ulang tahunnya ke-31

-

NEW YORK: Ibu bapa dan teman-teman Kim Wall memperinga­ti memori beliau di New York kelmarin dalam apa yang akan menjadi ulang tahun ke-31 bagi wartawan Sweden yang dibunuh itu.

Mayat Wall telah ditemui di dalam beg plastik sepanjang beberapa minggu selepas beliau hilang ketika menemu bual seorang pencipta dari Denmark Peter Madsen di dalam kapal selam buatan dia sendiri.

Sekarang Madsen sedang dibicaraka­n di Copenhagen dalam satu kes yang mengejutka­n di seluruh dunia, dengan dakwaan termasuk pembunuhan yang dirancangk­an, pencabulan pada satu mayat dan hubungan seksual selain dari persetubuh­an.

Ibu bapa Wall, Ingrid dan Joachim Wall, di samping saudara lelakinya dan kirakira beratus-ratus rakan, ramai yang mengenai wall ketika beliau di sekolah kewartawan­an di Universiti Columbia telah berkumpul untuk memperinga­ti hidup wartawan bebas, memberikan satu biasiswa berjumlah $5,000 kepada seorang wanita Denmark yang diinspiras­ikan oleh Wall.

Keluarga Wall, bersama dengan Yayasan Media Wanita Antarabang­sa AS, telah membentuk anugerah tahunan sebagai penghormat­an terhadap mendiang wartawan tersebut. Pemenang pertama geran itu, Anne Hermann, merancang untuk meletakkan dana ke arah menyiasat dasar penjajahan Denmark di Greenland.

“Terima kasih Kim kerana menjadi satu sumber untuk wartawan selama beberapa generasi akan datang,” menurut Hermann.

Ibu Wall, Ingrid menyatakan ia “melegakan” kerana dana itu telah mencecah $200,000 dalam bentuk sumbangan, menyatakan “kami tahu dana itu akan berterusan untuk satu jangka masa yang lama.”

“Itu memberikan kami sedikit bantuan dalam kesedihan ini.”

Ibu bapa wall akan pulang tidak lama lagi ke Copenhagen untuk menghadiri perbicaraa­n.

Ingrid Wall, beliau sendiri adalah seorang bekas wartawan, menyatakan biasiswa bertujuan untuk membantu “wanita muda yang berani ingin keluar ke dunia dan melakukan satu perubahan. Itu adalah sangat penting buat kami kerana itu adalah apa yang dilakukan oleh Kim.”

“Beliau adalah seorang yang benar-benar berani dan bercakap dengan orang lain,” menurut beliau. “Ketika anda tidak menemui orang yang kamu sangat rindui; beliau ingin untuk keluar dalam persekitar­an mereka sendiri.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia