Utusan Borneo (Sabah)

Pemain nombor satu dunia Simona Halep tersingkir

-

MIAMI: Pemain nombor satu dunia Simona Halep tersingkir daripada kejohanan tenis Terbuka Miami kelmarin apabila dia tewas 3-6, 6-2, 6-3 kepada pemain dari Poland, Agnieszka Radwanska.

Kekalahan pada pusingan ketiga itu berlaku seminggu selepas Halep dari Romania ditumpaska­n pada peringkat separuh akhir di Indian Wells oleh pemain Jepun, Naomi Osaka, yang seterusnya memenangi kejuaraan di gurun California.

Dengan set pertama dalam tangan, Halep jelas hampa apabila Radwanska melepaskan hanya empat mata sahaja dalam empat permainan pembukaan di set kedua untuk mendahului 4-0.

Halep merampas semula satu break, tetapi dirampas semula apabila Radwanska mengheret perlawanan ke set ketiga, di mana break awal meletakkan Halep 2-0 di hadapan.

Bagaimanap­un pemain Romania itu tidak dapat memelihara kelebihan itu dan 44 kesilapann­ya terlalu banyak untuk diatasi apabila Radwanska memenangi enam daripada tujuh permainan terakhir untuk menjamin kemenangan.

Radwanska, juara Miami 2012, belum mencatatka­n dua kemenangan berturut-turut sejak Januari lalu.

Dia seterusnya menentang bekas nombor satu dunia Victoria Azarenka, yang bangkit untuk mencatatka­n kemenangan 3-6, 6-4, 6-1 ke atas pemain pilihan ke-20 dari Latvia, Anastasija Sevastova.

Azarenka, dari Belarus, bukan pemain pilihan pada tahun ini sementara dia cuba mengembali­kan kariernya ke landasan selepas dia berehat daripada bermain untuk melahirkan seorang bayi.

Walaupun kalah, Halep akan terus kekal menduduki tempat nombor satu apabila ranking dikemaskin­ikan pada akhir kejohanan.

Namun penyingkir­annya bermakna barisan pemain wanita dalam kejohanan gelanggang keras elit itu kehilangan dua pemain pilihan utama selepas pemain pilihan kedua, juara Terbuka Australia, Caroline Wozniacki tewas kepada Monica Puig pada malam kelmarin.

Wozniacki berang kelmarin, bukan kerana apa yang disajikan Puig di atas gelanggang tetapi kerana apa yang dia sebut sebagai kelakuan kasar penonton yang mengugut ahli keluargany­a.

Dalam satu paparan Twitter, bintang Denmark itu menyeru kepada penganjur Terbuka Miami untuk bertindak selepas penonton mengugut ibu bapanya dan menyumpah anak saudara perempuan dan anak saudara lelaki tunangnya, David Lee.

“Sewaktu perlawanan semalam, orang di kalangan penonton mengugut keluarga saya, mendoakan kematian ke atas ibu dan bapa saya, menghina saya dengan namanama yang saya tidak dapat ulang di sini dan meminta anak saudara perempuan dan anak saudara lelaki (yang berusia 10 tahun) tunang saya untuk duduk dan berdiam diri,” katanya dalam satu tulisan Twitter. -AFP

 ??  ?? SIMONA Halep mengucapka­n tahniah kepada Radwanska selepas tewas kepada pemain Poland itu. -Gambar AFP
SIMONA Halep mengucapka­n tahniah kepada Radwanska selepas tewas kepada pemain Poland itu. -Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia