Utusan Borneo (Sabah)

Federer tewas mengejut, hilang status nombor satu

-

MIAMI: Kedudukan Roger Federer di tempat teratas ranking dunia akan berakhir ekoran kekalahan mengejut legenda Swiss itu kepada pemain dari Australia Thanasi Kokkinakis pada pusingan kedua kejohanan tenis Miami Masters kelmarin.

Kokkinakis, yang menduduki ranking ke-175 di dunia, malah memerlukan ‘wild card’ hanya untuk layak.

Namun dia menunjukka­n ketenangan yang tinggi untuk menang 3-6, 6-3, 7-6 (7/4) ke atas Federer, juara Grand Slam sebanyak 20 kali.

“Saya lebih tenang daripada apa yang saya sangkakan,” kata Kokkinakis mengenai ‘tiebreaker’ pada set ketiga.

“Di dalam saya agak gembira, saya teruja, tetapi saya agak tenang.”

Federer, yang memenangi mahkota Grand Slam ke-20 di Terbuka Australia, menduduki semula tempat nombor satu pada Februari lepas setelah dia memenangi kejuaraan ATP di Rotterdam tetapi perlu mara ke peringkat suku akhir untuk kekal di tempat teratas.

Sebaliknya dia akan digantikan oleh Rafael Nadal dari Sepanyol apabila ranking dikeluarka­n pada akhir kejohanan.

“Ia memang sepatutnya selepas perlawanan ini. Itulah apa yang saya rasa. Begitu teruk sekali,” kata Federer, yang menambah dia “tidak dapat sampai ke tahap yang menggembir­akan saya pada hari ini”.

“Kadang-kadang kita ada perlawanan seperti ini,” katanya.

“Kadang-kadang kita dapat mencari jalan. Saya cuma tidak dapat melakukann­ya pada hari ini.”

Pemain berusia 36 tahun itu tidak membuang masa untuk mengumumka­n dia tidak akan bermain dalam musim gelanggang tanah liat, termasuk Terbuka Perancis, sama seperti apa yang dia buat pada tahun lepas setelah dia memenangi kejuaraan di Indian Wells dan Miami.

Kokkinakis, 21, yang sudah pun mengalami beberapa kecederaan dalam kariernya yang muda, menjadi pemain ranking terendah untuk menewaskan pemain nombor satu dunia sejak Francisco Clavet dari Sepanyol menduduki tempat ke-178 ketika dia mengecewak­an pemain ranking teratas Lleyton Hewitt pada pusingan kedua di Miami pada 2003.

Kokkinakis mengakui dia “sebenarnya tidak memberikan sebarang tekanan” ke atas Federer pada set pembukaan.

Dia gembira kerana dapat menewaskan pemain yang dia amat kagumi, dan menganggap Federer sebagai “contoh yang amat baik bagi sukan ini”.

Dia mungkin telah mendapat manfaat daripada sedikit maklumat dalaman selepas dia berlatih bersama Federer, yang menjemputn­ya ke kemudahan latihannya di Dubai.

 ??  ??
 ??  ?? KOKKINAKIS berjabat tangan dengan Federer selepas berjaya menewaskan legenda Swiss itu pada pusingan kedua kejohanan tenis Miami Masters. -Gambar AFP
KOKKINAKIS berjabat tangan dengan Federer selepas berjaya menewaskan legenda Swiss itu pada pusingan kedua kejohanan tenis Miami Masters. -Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia