Utusan Borneo (Sabah)

Polis Perancis terkorban selepas tawar diri jadi tebusan

Terkorban setelah menawar diri untuk menggantik­an tebusan wanita daripada penyerang

- — Gambar AFP

TRBES: Seorang pegawai polis yang ditembak dan ditikam selepas dia menggantik­an tempat seorang tebusan dalam satu serangan yang dilabel oleh Presiden Emmanuel Macron sebagai “serangan pengganas Islamis” meninggal dunia akibat luka yang dialaminya kelmarin, sekali gus menjadi mangsa keempat lelaki bersenjata tersebut.

Leftenan-Kolonel Arnaud Beltrame, 45, adalah antara sekumpulan anggota polis yang berkejar ke tempat kejadian di bandar Trebes di barat daya Perancis kelmarin selepas penyerang, yang memberi taat setia kepada kumpulan Negara Islam (IS), menyerbu sebuah pasar raya dan menembak pengunjung dan kakitangan.

Beltrane menawar diri untuk menggantik­an tempat seorang wanita yang telah diambil oleh lelaki bersenjata terbabit sebagai tebusan, dan dia cedera teruk selepas ditembak sebelum polis antiterori­sme bertindak untuk membunuh penyerang dan menamatkan kepungan.

“Leftenan-Kolonel Arnaud Beltrame sudah meninggal dunia. Beliau berkorban demi negaranya. Perancis tidak akan melupai keberanian­nya,” kata Menteri Dalam Negeri Gerard Collomb dalam akaun Twitternya.

Macron terdahulu memberi penghormat­an kepada keberanian pegawai polis itu.

“Beliau menyelamat­kan nyawa dan memberi penghormat­an kepada rakan sekerja dan negaranya,” kata Macron.

Dengan kematian pegawai itu, penyerang yang dikenali sebagai Radouane Lakdim, 25, membunuh seramai empat orang dalam serangan pelampau jihad besar yang pertama di Perancis sejak Oktober lalu.

“Negara kita telah mengalami serangan pengganas Islamis,” kata Macron dalam satu ucapan televisyen selepas serangan berlaku di bandar purba Carcassonn­e dan Trebes yang berdekatan.

IS mendakwa serangan itu adalah sahutan kepada cabarannya untuk menyerang musuh di Barat – sesuatu yang lazim apabila penyerang menjanjika­n taat setia kepada kumpulan pelampau jihad itu.

Serangan itu berlaku ketika Perancis berada dalam keadaan waspada ekoran beberapa serangan berdarah yang mengorbank­an lebih 240 orang sejak 2015.

Pendakwa raya antiterori­sme tertinggi Francois Molins berkata lelaki bersenjata itu mempunyai pensabitan bagi kesalahan membawa senjata yang diharamkan dan kerana menyalahgu­nakan dadah.

“Dia berada dalam senarai pemantauan kerana fahamannya yang radikal dan hubunganny­a dengan pergerakan Salafis,” kata Molins kepada pemberita di Carcassonn­e, dan menambah Lakdim telah dijejaki kerana berhubung dengan pelampau dalam talian.

Sumber keselamata­n berkata Lakdim dilahirkan di Taza, utara Maghribi, dan memiliki kerakyatan Perancis.

Isterinya, yang tinggal bersamanya di Carcassonn­e, sudah ditahan, kata Molins.

Lakdim memulakan seranganny­a di Carcassonn­e sekitar jam 10.30 pagi (waktu tempatan), mencuri sebuah kereta dan menembak dua orang di dalam kereta tersebut, kata Molins.

Penumpangn­ya terbunuh manakala pemandu masih dalam keadaan tenat.

Lakdim kemudian menembak dan mencederak­an seorang anggota polis yang sedang joging bersama rakan sekerja sebelum dia memandu ke Trebes di mana dia menyerbu pasar raya Super U.

“Penyerang memasuki gedung sambil menjerit ‘Allahu Akbar’ dan berkata dia seorang askar Negara Islam, bersedia untuk mati demi Syria,” kata Molins.

Dia seterusnya menuntut “pembebasan saudara-saudaranya” dari penjara sebelum dia menembak mati seorang pelanggan pasar raya dan seorang pekerja.

“Saya berada lima meter darinya,” kata pengawal keselamata­n gedung yang enggan dikenali. “Dia menembak saya dua kali.”

Nasib baik bagi pengawal keselamata­n itu, “dia menembak dengan teruk”.

Kira-kira 50 orang berada dalam pasar raya berkenaan ketika kejadian, dan walaupun ada orang yang berjaya menyelamat­kan diri, beberapa orang terus berada di dalam gedung.

Beltrame menawarkan diri untuk menggantik­an tempat seorang wanita yang digunakan oleh Lakdim sebagai perisai manusia sementara rakannya berunding dengan lelaki bersenjata tersebut, kata Menteri Dalam Negeri.

Pegawai itu “meninggalk­an telefonnya di atas meja untuk membolehka­n polis yang mengelilin­gi bangunan untuk mendengar, kata Collomb.

Apabila pasukan khas mendengar bunyi tembakan, mereka menyerbu gedung itu, membunuh lelaki bersenjata terbabit dan mengeluark­an Beltrame, yang cedera teruk.

Beliau ditembak dua kali dan ditikam beberapa kali oleh penyerang, kata sumber yang dekat dengan siasatan kepada AFP.

Trebes, sebuah pekan sepi dengan 5,000 penduduk di sepanjang Canal du Midi, berkurung sepanjang hari kelmarin manakala helikopter terbang di udara dan anggota polis bersenjata berat dan bertopeng menjalanka­n operasi besar-besaran dalam kawasan kejiranan Lakdim.

Hakikat bahawa Lakdim telah dipantau sebagai pelampau berpotensi akan membangkit­kan soalan sukar bagi kerajaan Macron mengenai bagaimana dia dapat membolosi jaring.

“Kami telah memantauny­a dan tidak menyangka dia sudah dipengaruh­i fahaman radikal,” kata Collomb selepas beliau terbang ke tempat kejadian.

“Dia sudah pun di bawah pengawasan ketika dia tibatiba memutuskan untuk bertindak.”

Di Paris, Menara Eiffel memalapkan lampu pada waktu tengah malam sebagai tanda penghormat­an kepada mangsa dan tafakur seminit diadakan di Stade de France sebelum perlawanan bola sepak antara Perancis dengan Colombia.

Keganasan kelmarin berlaku di sebuah bahagian di Perancis yang masih belum pulih daripada serangan pada 2012 di bandar raya Toulouse dan Montauban di mana seorang lagi pelampau jihad, Mohamed Merah, menembak mati tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak sekolah Yahudi.

Serangan itu menandakan serangan pertama di antara beberapa serangan Islamis besar di Perancis sejak 2015, termasuk pembunuhan beramai-ramai di akhbar satira Charlie Hebdo, serangan pada November 2015 yang membunuh 130 orang di Paris, dan serangan trak pada musim panas 2016 sewaktu perayaan Hari Bastille di Nice.

Serangan terkini berlaku Oktober lalu apabila seorang lelaki Tunisia menikam sehingga mati dua wanita di stesen kereta api Marseille sambil melaung “Allahu Akbar”.

Keadaan darurat yang dikuatkuas­akan sejurus selepas serangan di Paris pada 2015 ditarik balik Oktober lalu apabila kerajaan haluan tengah Macron meluluskan undang-undang baharu untuk menambah kuasa pasukan keselamata­n.

 ??  ?? ANGGOTA pasukan keselamata­n Perancis berkawal di lokasi semasa operasi di kawasan perumhan Ozanam di Carcassonn­e, barat daya Perancis kelmarin, berikutan kes tembak mati pegawai polis.
ANGGOTA pasukan keselamata­n Perancis berkawal di lokasi semasa operasi di kawasan perumhan Ozanam di Carcassonn­e, barat daya Perancis kelmarin, berikutan kes tembak mati pegawai polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia