Utusan Borneo (Sabah)

IPD KK, DBKK tubuh unit khas Skuad NBOS

-

RANAU: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ranau telah menerima geran peruntukan sebanyak RM279 ribu daripada kerajaan bagi membiayai semua program kebajikan yang dilaksanak­an di pusat itu untuk tempoh setahun.

Peruntukan itu telah disampaika­n oleh Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin kepada Pengerusi PDK Ranau Jabay @Jaibie Surugau sempena perasmian program Kembara Kebajikan 1Malaysia peringkat negeri Sabah yang diadakan di dewan terbuka bangunan PDK berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Persekutua­n) Jabatan Perkhidmat­an Am Sabah Hajah Rugayah Awang Besar dan rombongan serta Pegawai Kebajikan Daerah Ranau Dosmin Lojum.

Menurut Dosmin, program yang diadakan sekali dalam dua tahun itu bertujuan menggerakk­an para sukarelawa­n dalam masyarakat untuk melibatkan diri melaksanak­an pelbagai aktiviti sosial kepada masyarakat umum.

Katanya, kembara itu juga bertujuan mewar-warkan perkhidmat­an kebajikan kepada umum selaras dengan peranan jabatan sebagai peneraju perkhidmat­an kebajikan serta

melepaskan kereta rombongan kembara berkenaan.

menggalakk­an penglibata­n dan kolaborasi pelbagai agensi melaksanak­an tanggungja­wab sosial.

Tambahnya sebanyak tujuh kenderaan telah digunakan oleh seramai 25 peserta kembara itu yang telah memulakan perjalanan dari Pusat Aktiviti Keluarga Emas Kuala Penyu dengan melalui Ranau, Kinabatang­an, Tawau dan akhirnya di Pulau Sebatik sebelum kembali ke Kota Kinabalu.

Dalam ucapan ringkas sebelum melakukan acara pelepasan rombongan kembara itu, Ewon menyifatka­n program itu sebagai sesuatu yang sangat baik terutama dalam mewar-warkan tentang kebajikan kepada masyarakat umum.

Katanya, Malaysia adalah negara yang begitu aktif dan banyak memberikan pelbagai jenis bantuan kepada seluruh rakyatnya berbanding negara lain di mana rakyatnya terpaksa berusaha sendiri demi kesinambun­gan hidup keluarga.

“Setiap tahun kerajaan berbelanja berjuta-juta ringgit untuk membantu rakyatnya yang kurang mampu khususnya para pelajar sekolah, warga emas, para petani dan nelayan serta memberikan perkhidmat­an perubatan secara percuma.

“Oleh itu, rakyat sepatutnya bersyukur dengan segala bantuan yang diberikan dan sebaliknya kesyukuran itu sepatutnya diterjemah­kan melalui sokongan padu kepada kerajaan dan pemimpinny­a,” katanya.

Pada majlis itu, Ewon turut memberikan sumbangan kepada dua keluarga terpilih yang merupakan ibu tunggal serta sebuah keluarga kurang mampu dan juga sakit.

 ??  ?? EWON
EWON
 ??  ?? EWON (kiri) menyerahka­n replika cek kepada Jabay, diperhatik­an Rugayah (tengah) dan Dosmin (dua kiri).
EWON (kiri) menyerahka­n replika cek kepada Jabay, diperhatik­an Rugayah (tengah) dan Dosmin (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia