Utusan Borneo (Sabah)

‘Maju Bersama Negaraku’ dekati rakyat di empat kampung

‘Maju Bersama Negaraku’ dekati rakyat empat kampung

- Oleh ALFRED PETRUS

PROGRAM ‘Maju Bersama Negaraku’ edisi Sabah dekati rakyat empat kampung bersama selebriti tempatan dan tanah air.

Program kesinambun­gan inisiatif Negaraku yang bertunjang­kan kestabilan dan perpaduan negara itu memilih Kampung (Kg) Batu 58 Beaufort, Kg Monsorulun­g Tambunan, Kg Tatahan Inanam dan Kg Tinangol Kota Marudu sebagai lokasi menjayakan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka kali ini.

Dengan membawakan enam selebriti iaitu Farish Aziz, Atu Zero, Nera AF, Samantha Miles, Marsha Milan Londoh dan Amy Dangin, program itu memberikan satu kelainan dalam menjalanka­n kerja kemasyarak­atan Sekretaria­t Negaraku.

Farish berkata hari pertama ‘Maju Bersama Nega- raku’ itu diadakan di Geraja Katolik St Zeno Beaufort dan St David Tambunan bersama rakan artis Atu, Nera dan Samantha dengan menjalanka­n beberapa kerja kemasyarak­atan.

“Pada hari pertama kami ke Kg Batu 58 untuk membaiki atap yang rosak, mengecat dinding dan melukis mural bersama lebih 100 penduduk sekitar yang turut hadir membantu kami.

“Selepas Kg Batu 58, kami pergi ke Gereja Katolik St David Kg Monsorulun­g Tambunan untuk menaik taraf pondok tagal daripada buluh kepada papan, mengecat pondok rehat serta bangunan gereja dan membersihk­an kawasan gereja mahupun kawasan tagal.

“Sebagai selebriti, sudah pasti ini adalah peluang untuk kami mendekati kawasan pedalaman bagi memberi sumbangan kepada mereka melalui aktiviti CSR seumpama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Maju Bersama Negaraku di Kampung Tatahan Inanam pada Ahad.

Katanya, program berkenaan juga adalah yang pertama dijalankan di Sabah melalui Sekretaria­t Negaraku dan telahpun diadakan di lebih 40 kawasan di Semenanjun­g.

Farish berkata pada hari kedua program, mereka mengadakan CSR di Dewan Bersatu Kg Tatahan dan akan bergerak ke Dewan Kg Tinangol bersama Atu, Amy dan Marsha.

Sementara itu, Amy yang juga penyampai radio KK12FM berkata aktiviti seumpama itu memberikan satu kelainan apabila CSR yang dijalankan melibatkan selebriti dan masyarakat setempat.

Beliau juga lebih dikenali sebagai Auntie Patrin menerusi video pendeknya yang sarat

dennasihat gan dan jenaka berkata pendekatan selain mempromosi ‘Maju Bersama Negaraku’ kepada masyarakat CSR bersama selebriti membawa lebih keceriaan dalam menjalanka­n aktiviti itu.

“Program seumpama ini adalah pertama kali saya sertai yang mana saya lihat ia sesuatu yang bagus kerana kita datang mendekati komuniti yang menyokong kita selama ini.

“Selain itu, dengan kehadiran selebriti dalam CSR ini, lebih ramai ahli komuniti datang bersama-sama menyumbang tenaga dalam apa juga program yang dijalankan.

“Program ini mempunyai kelainanny­a iaitu bergotong royong bersama sambil berhibur dengan gelagat selebriti, yang memberi elemen hiburan dalam kerja sehinggaka­n masyarakat lebih bersemanga­t melakukan sesuatu pekerjaan,”

jelasnya. Sepanjang program itu berlangsun­g, beberapa agensi dan sukarelawa­n turut terlibat seperti Kolej Komuniti Beaufort, Politeknik Kota Kinabalu, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? ATU (kiri) bersama komuniti setempat di Tambunan menggantik­an zink yang rosak. AMY (dua kiri) bersama belia dan sukarelawa­n membersihk­an kawasan dewan. BEKERJA sambil berhibur bersama selebriti yang turut serta dalam CSR berkenaan.
ATU (kiri) bersama komuniti setempat di Tambunan menggantik­an zink yang rosak. AMY (dua kiri) bersama belia dan sukarelawa­n membersihk­an kawasan dewan. BEKERJA sambil berhibur bersama selebriti yang turut serta dalam CSR berkenaan.
 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama Sekretaria­t Negaraku, barisan selebriti dan masyarakat sekitar Kg Tatahan Inanam. ANGGOTA Rela turut sama membersihk­an kawasan dewan Kg Tatahan Inanam.
GAMBAR kenangan bersama Sekretaria­t Negaraku, barisan selebriti dan masyarakat sekitar Kg Tatahan Inanam. ANGGOTA Rela turut sama membersihk­an kawasan dewan Kg Tatahan Inanam.
 ??  ?? NERA turut sama membersihk­an tingkap Gereja St Zeno Beaufort.
NERA turut sama membersihk­an tingkap Gereja St Zeno Beaufort.
 ??  ?? SUKARELAWA­N dari Kolej Komuniti Beaufort melukis mural.
SUKARELAWA­N dari Kolej Komuniti Beaufort melukis mural.
 ??  ?? KERJA membersihk­an dinding dewan.
KERJA membersihk­an dinding dewan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia