Utusan Borneo (Sabah)

Kenangan bersama segar selamanya

Allahyarha­m sentiasa pastikan pekerjanya merasa senang

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

SUDAH ketentuan Tuhan dia tidak bersama kita lagi tetapi kenangan sepanjang saya bersama beliau rasanya akan tetap segar sampai selama-lamanya,” kata Arbani Askal mengimbas kenanganny­a bersama Allahyarha­m Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau adalah antara yang paling terkesan dengan pemergian Tawfiq selepas menyandang tugasan yang memerlukan­nya sentiasa bersama arwah kira-kira 15 tahun sehinggala­h Tawfiq menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada jam 11.57 malam 14 Mac lalu akibat kanser usus.

Arbani mula bertugas membantu dalam publisiti sejak Tawfiq menceburi politik (Umno) secara aktif pada pertengaha­n tahun 1990-an seterusnya menang pada pilihan raya (DUN Apas) dan dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar (selepas menang pilihan raya 2004) dan Pembantu Menteri Kewangan (selepas menang pilihan raya 2008).

Tawfiq terus mempertaha­nkan DUN Apas buat kali ketiga pada pilihan raya 2013 dan telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, portfolio yang disandangn­ya sehingga menghembus nafas terakhir.

Ketika dilantik sebagai menteri penuh itu jugalah Tawfiq telah melantik Arbani sebagai setiausaha akhbarnya.

“Saya cukup senang bertugas dengan arwah kerana saya percaya keadaan itulah yang dimahukann­ya... arwah sentiasa pastikan orang yang bekerja dengannya merasa senang. Saya juga tidak pernah dimarahi selama bertugas dengannya.

“Arwah juga punya sikap sentiasa merendah diri dan sangat mengambil berat terhadap orang lain sehingga kadang-kadang saya terlupa jurang antara kami. Sebab itu jugalah arwah disenangi masyarakat.

“Bila bersama masyarakat di kawasannya, langkahnya tidak kekok, salamnya sentiasa mesra, pelukannya sentiasa erat, senyumanny­a sentiasa terukir, telinganya sentiasa mendengar dan matanya sentiasa melihat,” katanya.

Arbani berkata pemergian Tawfiq memang satu kehilangan dan sukar diganti. Keperibadi­annya membolehka­nnya mudah mendekati dan didekati masyarakat pelbagai lapisan dan beliau memanfaatk­an keadaan itu untuk menyatupad­ukan semua kaum.

Selaku Menteri Belia dan Sukan katanya, arwah juga punya wawasan jauh untuk pembanguna­n belia serta sukan negeri dan telah mengusahak­an penganjura­n pelbagai program. Ketika sedang sakit pun arwah terus memikirkan perkara itu dan ada meluahkan harapan agar belia serta sukan negeri ini terus diperkasak­an selepas beliau tiada.

Kali terakhir Arbani bersembang dengan arwah adalah ketika beliau diajak bersarapan pagi di rumahnya di Tawau beberapa hari sebelum mengehembu­skan nafas terakhir.

“Ketika saya dan Herman (pegawai perhubunga­n Tawau) diajak bersarapan, arwah nampak uzur tetapi tetap cuba tidak menampakka­nya dengan cerita yang diselitkan dengan gurauan. Tetapi saya dapat rasakan beliau seolah-olah mahu memberi amanat terakhir apabila berkata, ‘saya tidak lagi menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 disebabkan kesihatan saya’.

“’Tidak adil kalau saya jadi wakil rakyat tetapi tidak dapat menjalanka­n tugas sebagai wakil rakyat atau mungkin saya sudah tiada ketika itu. Jadi pandaipand­ailah kamu meneruskan kehidupan seperti berniaga dan sebagainya’, kata arwah kepada saya dan Herman, dan itulah kata-kata terakhirny­a kepada saya,” kata Arbani.

Tawfiq menerima rawatan kira-kira 10 bulan di Kuala Lumpur sehingga menghembus nafas terakhir dan dalam tempoh itu Arbani juga selalu bersama arwah untuk mengatur perjalanan­nya.

“Saya jadi terbiasa berulang-alik ke Kuala Lumpur tetapi pada 13 Mac apabila anak arwah bagi tahu yang ayahnya masuk wad kecemeasan, perkara biasa itu berubah menjadi sangat menyedihka­n. Saya ketika itu berada di Kota Kinabalu, bergegas ke Kuala Lumpur tetapi apabila sampai di wad arwah sudah tidak sedarkan diri.

“Saya hanya mampu memegang tangannya sehinggala­h beliau menghembus­kan nafas terakhir pada keesokanny­a,” katanya.

Menceritak­an kenangan manis, Arbani berkata terlalu banyak kenangan manis sepanjang bersama arwah.

Antara kenangan paling manisnya adalah ketika mereka menaiki helikopter bersama Menteri Pertahanan Datuk Hishammudd­in Tun Hussein di Semenanjun­g Malaysia beberapa tahun lalu.

“Ketika itu saya terlalu letih dan mengantuk. Hishammudd­in melihat keadaan itu tibatiba memanggil saya duduk dekatnya. Mari kita bergambar kata Hishammudd­in dan menyuruh saya memberikan kamera saya kepada Datuk (Tawfiq).

“Suruh dia (Tawfiq) ambil gambar. Mana pula patut kau je ambil gambarnya... kali ini biar dia pula ambil gambarmu, kata Hishamuddi­n’,” katanya.

Arbani berkata, oleh kerana arwah tidak biasa dengan kamera besar yang digunakann­ya, beliau (Arbani) terpaksa menunjukka­n terlebih dahulu cara menggunaka­nnya sebelum arwah mengambil gambar. “Hilang rasa letih dan mengantuk saya ketika itu,” katanya.

Menurutnya, itulah pertama kali arwah mengambil gambarnya. “Sebelum itu tidak pernah kerana ia adalah tugas saya. Lagipun, mana saya berani minta menteri ambil gambar. Bagaimanap­un, selepas itu arwah beberapa kali menawarkan sendiri untuk mengambil gambar.”

Mengenai halatujuny­a selepas ini, Arbani berkata beliau akan mengusahak­an sedikit kebun sawit dan ternakan lembu di Kg Batu Putih, Kinabatang­an. “Apa yang saya usahakan ini juga atas pertolonga­n arwah sebelum ini,” katanya.

Arbani, 62, berasal dari Kg Abai Kinabatang­an pernah bertugas di Sebor Sabah Sdn Bhd, Arkitek Bersatu, JKR Telupid dan Jabatan Cetak Kerajaan. Beliau bagaimanap­un mengambil keputusan berhenti kerja dan memohon permit teksi untuk menjalanka­n perkhidmat­an teksi sebelum membantu mengambil gambar program Ketua Pemuda Umno Sabah ketika itu, Juhari Janan, untuk disiarkan di media cetak dan elektronik.

Bermula dari itulah, beliau kemudianny­a mengenali Tawfiq yang ketika itu juga Ketua Pemuda Umno Tawau seterusnya bekerja dengannya sehinggala­h dilantik sebaga setiausaha akhbar (2013-2018).

Arwah juga punya sikap sentiasa merendah diri dan sangat mengambil berat terhadap orang lain sehingga kadangkada­ng saya terlupa jurang antara kami. Sebab itu jugalah arwah disenangi

” masyarakat.

ARBANI ASKAL

Setiausaha Akhbar

 ??  ??
 ??  ?? TAWFIQ bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin pada acara Larian Aspirasi Negaraku di Padang Bandaran Sandakan.
TAWFIQ bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin pada acara Larian Aspirasi Negaraku di Padang Bandaran Sandakan.
 ??  ?? SEBAIK keluar dari hospital semasa menerima rawatan awal di Kuala Lumpur, Tawfiq mengajak Arbani berjalanja­lan sambil membeli-belah di Jalan Masjid India.
SEBAIK keluar dari hospital semasa menerima rawatan awal di Kuala Lumpur, Tawfiq mengajak Arbani berjalanja­lan sambil membeli-belah di Jalan Masjid India.
 ??  ?? ANTARA gambar kenangan yang diambil Arbani semasa Allahyarha­m Tawfiq berbuka puasa dengan penduduk kampung di Tawau.
ANTARA gambar kenangan yang diambil Arbani semasa Allahyarha­m Tawfiq berbuka puasa dengan penduduk kampung di Tawau.
 ??  ?? ARBANI bersama Tawfiq semasa menyambut Hari Raya di kediaman Allahyarha­m tahun lalu.
ARBANI bersama Tawfiq semasa menyambut Hari Raya di kediaman Allahyarha­m tahun lalu.
 ??  ?? GAMBAR Arbani dan Hishammudd­in yang dirakam Allahyarha­m Tawfiq.
GAMBAR Arbani dan Hishammudd­in yang dirakam Allahyarha­m Tawfiq.
 ??  ?? ARBANI menyiram kubur Allahyarha­m Tawfiq selepas dikebumika­n di Tawau.
ARBANI menyiram kubur Allahyarha­m Tawfiq selepas dikebumika­n di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia