Utusan Borneo (Sabah)

PKS catat rekod dalam MBOR

Hasilkan kain batik sepanjang 2,583.8 meter

- Oleh DELLROY

KUMPULAN Yayasan Sabah (KYS) melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS), Keningau berjaya mencatatka­n rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menghasilk­an kain batik canting tangan terpanjang di negara ini iaitu 2,583.8 meter.

Kain batik canting tangan itu bertemakan batik bayu yang bercorak bunga refflesia dibuat hanya dalam tempoh lima hari (16-20 Mac) melibatkan hampir 2,000 tenaga pekerja terdiri daripada warga kerja PKS Keningau, pelajar sekolah, guru, sukarelawa­n dan komuniti setempat dari daerah itu untuk menyiapkan­nya.

Kain batik canting itu dihasilkan bersempena program Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat Peringkat Zon Pedalaman Utara sempena Festival Usahawan Niaga Industri Kraf (Unikfest) Kerjaya dan Mobile CTC yang diadakan selama tiga hari di Dewan Masyarakat Keningau.

Sukarelawa­n dan warga kerja PKS, Rahmah Rahmat, 47, Noratika Haipin, 24, Rainun Sakmar, 39, dan Yuslan Jafri, 42, masing-masing teruja menjayakan usaha itu kerana ia adalah kali pertama mereka menghasilk­an seterusnya mencipta rekod baharu dalam MBOR.

“Antara cabaran menghasilk­an kain batik canting tangan ini ialah kami bersungguh-sungguh menyiapkan sehingga ke larut malam tanpa mengenal penat lelah. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan kerjasama semua pihak,”jelas mereka.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar MBOR Mohamad Alex Edward mengesahka­n bahawa kain batik yang dihasilkan oleh pihak PKS Keningau telah memecahkan rekod 22 tahun kain batik canting tangan terpanjang sebelum ini di Johor iaitu sepanjang 2,020 meter pada 1996.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata, tujuan kain batik itu dibuat adalah sebagai medium untuk mengetenga­hkan corak kain batik Sabah kepada umum.

“Selain itu, mempromosi­kan negeri ini yang kaya dengan pelbagai hasil kraftangan tempatan kepada pelancong luar dan dalam negara, bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Keningau 2018,” katanya.

Pada masa sama, Sapawi turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program itu yang julung kali diadakan.

 ??  ?? WARGA kerja PKS dan sukarelawa­n sedang memproses kain batik canting.
WARGA kerja PKS dan sukarelawa­n sedang memproses kain batik canting.
 ??  ?? AHLI panel penilai MBOR Mohd Shukri sedang mengukur kepanjanga­n kain batik canting yang dihasilkan PKS.
AHLI panel penilai MBOR Mohd Shukri sedang mengukur kepanjanga­n kain batik canting yang dihasilkan PKS.
 ??  ?? YUSLAN, warga kerja PKS serta sukarelawa­n sedang mewarnakan kain batik canting.
YUSLAN, warga kerja PKS serta sukarelawa­n sedang mewarnakan kain batik canting.
 ??  ?? MUSA dan Sapawi ditemurama­h di studio mini Radio Keningau sempena program itu.
MUSA dan Sapawi ditemurama­h di studio mini Radio Keningau sempena program itu.
 ??  ?? KAIN batik canting tangan yang dihasilkan oleh PKS dibentangk­an di astaka kompleks sukan.
KAIN batik canting tangan yang dihasilkan oleh PKS dibentangk­an di astaka kompleks sukan.
 ??  ?? ALEX menyampaik­an sijil MBOR kepada Sapawi.
ALEX menyampaik­an sijil MBOR kepada Sapawi.
 ??  ?? NORATIKA
NORATIKA
 ??  ?? RAHMAH
RAHMAH
 ??  ?? RAINUN
RAINUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia