Utusan Borneo (Sabah)

Dana khas ASB RM1.5 bilion

Beri manfaat kepada seluruh anggota Koperasi PDRM

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperuntu­kkan dana khas Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM1.5 bilion menerusi Skim Pelaburan ASB i-KOP kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata skim khas itu dijangka memberi manfaat kepada seluruh warga PDRM yang menjadi anggota Koperasi PDRM, bakal pesara yang berusia 55 tahun serta pesara polis untuk jaminan masa hadapan mereka.

Pengumuman itu dibuat Najib ketika berucap pada Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, pada Ahad yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Dalam ucapannya, Najib turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM15 juta untuk kerja-kerja pembaikan di seluruh kuarters Pulapol, Kuala Lumpur.

“Gunalah peruntukan ini sama ada untuk memperbaik­i lif atau apa jua kerosakan di kawasan ini,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan turut meluluskan sebanyak 10,000 unit rumah menerusi Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Polis Diraja Malaysia (PPA1M-PDRM) yang diumumkan pada Bajet 2018 untuk membantu anggota PDRM yang belum memiliki rumah sendiri.

“(Setakat ini) sebanyak 840 unit sudah diluluskan untuk pembinaan menerusi usaha sama koperasi polis dan syarikat swasta. Ini akan disusuli 405 unit yang juga dibina untuk anggota PDRM di Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata harga rumah yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu antara RM120,000 hingga RM300,000 untuk setiap unit dengan keluasan 850 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi.

“Inilah beberapa pengumuman sebagai buah tangan kepada PDRM sebab saya tidak ingin tuan-tuan pulang dengan tangan kosong,” katanya.

Dalam pada itu Najib turut melahirkan penghargaa­n kepada Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun serta seluruh warga PDRM yang sentiasa mempamerka­n perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat dan negara.

Najib berkata antara pencapaian terbesar PDRM adalah penurunan Jenayah Indeks 2017 iaitu sebanyak 13,186 kes atau 11.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Ini merupakan pencapaian yang amat membanggak­an. Apatah lagi sejak kita melancarka­n dasar transforma­si negara dan kerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kadar jenayah negara telah menguncup dengan ketara sebanyak 53 peratus,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau turut berkongsi kejayaan negara dalam memerangi ancaman Daesh semasa berucap pada Majlis Penutupan Persidanga­n Pencegahan Keganasan di Sydney baru-baru ini, yang mana Najib satu-satunya pemimpin ASEAN yang dijemput memberi ucapan pada majlis penutupan persidanga­n itu.

“Di depan Perdana Menteri Australia (Malcolm Turnbull) dan semua ketuaketua negara ASEAN, saya telah nyatakan salah satu kebanggaan kita ialah setakat ini tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang telah terkorban, mangsa ancaman IS atau daesh di negara kita,” katanya.

Katanya Indeks Keamanan Global 2017 pula telah berjaya mengekalka­n Malaysia sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia dan ke-29 daripada 193 negara di dunia.

Sementara itu, Najib berkata keanggotaa­n PDRM akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan yang dikemukaka­n PDRM kepada kerajaan kerana usaha memerangi jenayah adalah antara agenda utama kerajaan.

Menurutnya sehingga bulan lepas, jumlah keseluruha­n anggota PDRM di seluruh negara telah mencecah 130,401 orang.

Menurut statistik PDRM dari 1994 hingga kini, Najib berkata seramai 483 anggota polis telah terkorban dan meninggal dunia antaranya akibat daripada kemalangan semasa menjalanka­n tugas termasuk tragedi berdarah di Lahad Datu pada 2013 yang menyaksika­n lapan anggota PDRM maut dalam misi itu.

“Saya ingin berkongsi kisah sedih pengorbana­n Allahyarha­m Koperal Mohd Azrul Tukiran, salah seorang perwira negara yang terkorban dalam insiden malang di Lahad Datu tersebut, di mana hasratnya menyertai polis, kerana mahukan ibu bapanya berasa bangga dengan kerjaya sebagai anggota PDRM.

“Maka pada hari ini, saya ingin nyatakan secara ikhlas dari lubuk hati saya bahawa, Koperal Mohd Azrul sebenarnya, bukan sahaja telah membanggak­an kedua ibu bapanya, bahkan keperwiraa­n Allahyarha­m, telah membanggak­an seluruh rakyat Malaysia !,” katanya.

“(Setakat ini) sebanyak 840 unit sudah diluluskan untuk pembinaan menerusi usaha sama koperasi polis dan syarikat swasta. Ini akan disusuli 405 unit yang juga dibina untuk anggota PDRM di Putrajaya. DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ??  ?? NAJIB memberi tabik hormat kepada para pesara polis selepas memeriksa Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak pada Ahad. -Gambar Bernama
NAJIB memberi tabik hormat kepada para pesara polis selepas memeriksa Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia