Utusan Borneo (Sabah)

Lee cadang wujud Yayasan Rukun Negara

-

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye mencadangk­an agar kerajaan mewujudkan Yayasan Rukun Negara bagi membantu menyemarak­kan lagi semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata yayasan tersebut boleh mengkaji pendekatan yang perlu diambil bagi meningkatk­an pegangan rakyat terhadap Rukun Negara, selain memikirkan kaedah penerapan sama ada menerusi kurikulum sekolah atau cara lain yang sesuai.

“Penerapan prinsip Rukun Negara dan kefahaman mengenai Perlembaga­an Persekutua­n harus bermula daripada tahap prasekolah dan ia perlu berterusan hingga ke peringkat universiti melalui kaedah interaktif.

“Ia perlu dijadikan garis panduan dalam penggubala­n dasar, sebagai sumber rujukan untuk pembentuka­n undangunda­ng dan semua pihak perlu didedahkan kepada lima prinsip yang ada agar mereka memahami hak, kepercayaa­n dan amalan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Lee turut mencadangk­an meningkatk­an penggunaan teknologi terkini dengan kerjasama pakar dari institusi pengajian tinggi dan agensi terbabit seperti pendekatan multimedia interaktif dalam usaha menjadikan Rukun Negara sebagai tunjang pembentuka­n masyarakat Malaysia.

“Kita perlu ingat, proses membina pemahaman dan rasa hormat sesama kalangan kumpulan etnik seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan Rukun Negara merupakan kunci keamanan dan keharmonia­n dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia