Utusan Borneo (Sabah)

Operasi SAR kru kapal kini fokus pada permukaan laut

-

MUAR: Operasi menyelam ke dalam kapal korek pasir yang terbalik bagi mencari dan menyelamat (SAR) kru kapal yang dipercayai terperangk­ap dihentikan pada Ahad memandangk­an tiada penemuan mangsa.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Wilayah Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata operasi membabitka­n 70 penyelam itu terpaksa dihentikan setelah pencarian berulang kali dalam kapal berkenaan gagal menemui mangsa.

Bagaimanap­un operasi SAR kini tertumpu di kawasan permukaan laut dengan bantuan helikopter untuk meninjau dari udara selain melibatkan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) yang akan melakukan koordinasi di kawasan perairan Indonesia.

“Operasi SAR kini diperluask­an ke 360 batu nautika persegi dari lokasi kejadian melibatkan pelbagai agensi seperti Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bom badan Penyelamat, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Laut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi Pos Kawalan SAR Pantai Leka di sini pada Ahad.

Setakat Sabtu, lima lelaki ditemui selamat manakala dua mayat masing-masing lelaki dan perempuan turut ditemukan, kesemua mereka disahkan kru kapal terlibat dan warga China.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Muar Dr Noorhaida Ujang berkata dua mayat yang dijumpai di luar kapal, juga dipercayai kru kapal tersebut, masih belum dikenal pasti identiti dan sedang menunggu proses pengecaman mayat oleh keluarga mangsa dan pemilik kapal selesai.

Memasuki hari kelima kejadian, nasib sembilan daripada 18 kru kapal yang terlibat masih belum diketahui hingga kini.

 ??  ?? SANIFAH Yusof ketika sidang akhbar mengenai operasi mencari dan menyelamat mangsa kapal korek pasir JBB Rong Chang 8, yang terbalik di perairan Parit Jawa pada Rabu lepas di Jeti Nelayan Parit Jawa, pada Ahad. -Gambar Bernama
SANIFAH Yusof ketika sidang akhbar mengenai operasi mencari dan menyelamat mangsa kapal korek pasir JBB Rong Chang 8, yang terbalik di perairan Parit Jawa pada Rabu lepas di Jeti Nelayan Parit Jawa, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia