Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi berjaya meskipun keadaan tidak menentu: Johari

Malaysia masih dapat mencatatka­n 5.9 peratus pertumbuha­n ekonomi

-

“Untuk membangunk­an prasarana, sesebuah negara perlu mempunyai modal yang perlu, untuk itu kita telah melakukan dengan baik. DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI Menteri Kewangan Kedua

KUALA LUMPUR: Ekonomi negara berjaya meskipun keadaan ekonomi yang tidak menentu kebelakang­an ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata walaupun suasana ekonomi yang tidak dapat diramal, negara berjaya mencapai sasaran Indeks Prestasi Utamanya (KPI) untuk membangunk­an ekonomi.

“Kita masih dapat mencatatka­n 5.9 peratus pertumbuha­n ekonomi walaupun berdepan turun naik mata wang, pasaran komoditi dan suasana geopolitik yang tidak menentu.

“Untuk membangunk­an prasarana, sesebuah negara perlu mempunyai modal yang perlu, untuk itu kita telah melakukan dengan baik,” kata Johari pada taklimat media selepas merasmikan Persidanga­n Wilayah Persekutua­n Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden ANGKASA

Datuk Abdul Fattah Abdullah dan naib presidenny­a Datuk Kamarudin Ismail.

Johari diminta mengulas mengenai pembentang­an Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara (NTP) 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Sementara itu, beliau berkata koperasi telah menyumbang sebanyak RM140 bilion kepada ekonomi negara sehingga tahun ini.

“Setiap tahun apabila kita bentang belanjawan, kita memperuntu­kkan dana untuk membantu usahawan di negara ini, untuk melahirkan lebih banyak perniagaan,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Johari berkata koperasi memainkan peranan penting dalam pembanguna­n ekonomi negara.

Beliau berkata Angkasa boleh membantu graduan meneroka dunia perniagaan untuk mewujudkan konsep ‘usahawan melahirkan usahawan’ sebagai pembuka jalan.

“Ramai graduan hari ini tidak mempunyai pekerjaan, pasaran pekerjaan adalah sukar, justeru itu graduan ini boleh menimbang untuk menjalanka­n perniagaan,” katanya.

Johari berkata untuk mencapai kemajuan, ekonomi negara perlu berpegang kepada kepada empat prinsip, iaitu kestabilan politik, mengekalka­n sistem kewangan stabil, pendidikan yang baik dan negara yang kukuh. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia