Utusan Borneo (Sabah)

The 3 Gen juara Battle of the Bands Tuaran

-

KUMPULAN The 3 Gen muncul johan dalam Battle of the Bands Tuaran 2018 yang telah berlangsun­g di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada Sabtu. Mereka juga memenangi hadiah sampingan Pemain Drum dan Keyboard Terbaik.

Naib johan ialah The Unison Five manakala tempat ketiga Invision. Empat kugiran yang lain telah menerima hadiah saguhati. Mereka ialah Fingerstyl­e, The Copynius Band, Chicken Wing dan Teguh.

Sementara itu, Vocalist Terbaik adalah dari kumpulan Chicken Wing manakala Pemain Gitar Terbaik dari Fingerstyl­e.

Pertanding­an anjuran pergerakan Pemuda Umno Tuaran itu telah dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ketua Bahagian Umno Tuaran Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor yang juga menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda merangkap Pengerusi Penganjur Jasni Hj Daya dan Naib Ketua Bahagian Abdul Kassim Hj Razali.

Hajiji yang juga Adun Sulaman menyifatka­n penganjura­n pertanding­an itu sebagai amat kena pada masa dan tempatnya di mana ia diadakan tidak lama selepas Karnival Belia 1Malaysia Youth City sempena pengistiha­ran Tuaran sebagai Youth City iaitu salah satu daripada hanya tiga tempat di seluruh Malaysia yang mendapat gelaran itu.

Beliau berkata pengistiha­ran Tuaran Youth City dan penganjura­n Battle of the Band juga mencermink­an hasrat kerajaan BN untuk memberi perhatian kepada golongan muda yang akan menjadi pemimpin suatu hari nanti.

“Kita memang menyanjung­i dan menghormat­i pendapat atau pandangan orang muda.

“Oleh itu, kerajaan BN telah merumuskan dasar Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang direka khusus untuk orang muda yang akan mengambil alih kepimpinan negara ini menjelang tahun 2050.

“Dasar ini bukan dirancang begitu sahaja. Ia dirumus hanya setelah beberapa siri perjumpaan ala ‘Townhall’ di seluruh negara di mana para belia dijemput untuk mengemukak­an aspirasi mereka,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Wanita Umno Tuaran Puan Jamaliah Antalip dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tamparuli Datuk Jahid Jahim.

 ??  ?? THE 3 Gen menerima hadiah disampaika­n Hajiji.
THE 3 Gen menerima hadiah disampaika­n Hajiji.
 ??  ?? HAJIJI bermain gitar sebagai gimik perasmian Battle of the Bands, diperhatik­an oleh Jasni.
HAJIJI bermain gitar sebagai gimik perasmian Battle of the Bands, diperhatik­an oleh Jasni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia