Utusan Borneo (Sabah)

Brazil ‘dua gred’ lebih tinggi: Kroos

Berbanding ketika dibelasah Jerman 7-1

-

DUSSELDORF: Toni Kroos menganggap Brazil “dua gred” lebih tinggi berbanding ketika Jerman membelasah pasukan ‘Selecao’ 7-1 di Piala Dunia 2014.

Kroos menjaringk­an dua gol dalam perlawanan separuh akhir di Belo Horizonte di Brazil 2014 apabila Jerman membelasah pasukan tuan rumah, yang bermain tanpa penyerang superstar Neymar, dengan lima gol dalam masa 30 minit pertama yang dramatik dalam kekalahan paling buruk di halaman sendiri dalam sejarah Brazil.

Menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada Selasa ini, Kroos, pemain tengah Jerman, tidak menjangkak­an ulangan: “Apabila saya melihat pasukan sekarang dan membanding­kan mereka kepada 2014, mereka adalah dua gred lebih baik.

“Mereka mempunyai orang yang amat bagus, rakan sepasukan saya (Real Madrid) Casemiro bermain dengan baik – mereka telah bersatu dengan baik.

“Brazil ternyata salah sebuah pasukan pilihan di Piala Dunia nanti.”

Jerman menentang Brazil di Stadium Olimpik, Berlin selepas pasukan ‘Selecao’ menewaskan Rusia 3-0 di Moscow pada Jumaat lepas, dengan Neymar sekali lagi diketepika­n oleh kecederaan.

Gol-gol di separuh masa kedua oleh Miranda, Paulinho dan satu tendangan penalti oleh Philippe Countinho menjamin kemenangan di stadium Kuzhniki, Moscow, yang akan menganjurk­an perlawanan akhir Piala Dunia pada 15 Julai.

Pasukan Jerman memanaskan badan dengan keputusan seri 1-1 ketika menentang Sepanyol di Duesseldor­f untuk melanjutka­n siri tanpa kalah mereka kepada 22 perlawanan.

Gol Rodrigo Moreno selepas hanya enam minit sahaja diikat oleh jaringan cantik Thomas Mueller pada separuh masa pertama Jumaat lepas.

Dengan sebelah mata yang memberi perhatian kepada usaha untuk mempertaha­nkan Piala Dunia, Joachim Loew menyenangk­an hati sendiri dengan “pengajaran yang sangat, sangat penting” yang dipelajari Jerman,

tetapi bintang seniornya tidak gembira.

Pemain pertahanan tengah Jerome Boeteng berkata “segalanya” tidak betul dalam 20 minit pertama apabila Andres Iniesta menunjukka­n kehebatann­ya kepada barisan tengah Jerman apabila Sepanyol mendominas­i perlawanan.

“Tekanan kami tidak berjaya, kemudian mereka bermain ‘kucing dan tikus’ dengan kami,” kata Boateng dengan marah.

“Kami mahu bermain lebih baik dari bahagian belakang, menggunaka­n peluang kami, menghantar bola dengan baik, tidak hilang bola dengan begitu cepat.

“Permainan serangan balas kami mesti lebih baik, kami terkena tiga atau empat kali dalam serangan balas, kita tidak boleh terima itu.

“Tidak semuanya buruk tetapi kami ada banyak kerja dan kita mesti bersatu sebagai sebuah pasukan.”

Kroos bersetuju: “Dalam masa 20 minit pertama, kami hanya mengejar mereka.”

Loew menjangkak­an lima perubahan untuk perlawanan menentang Brazil.

Thomas Mueller dan Mesut Ozil telah dilepaskan, seperti yang dipersetuj­ui sebelum ini, untuk merehatkan mereka.

Pemain pertahanan kiri Hertha Berlin, Marvin Plattenhar­dt, akan bermain di stadium kelabnya manakala pemain Manchester City Leroy Sane dijangka menggantik­an tempat Julian Draxler di sebelah sayap.

Ilkay Gundogan dijangka akan menggantik­an tempat Sami Khedira, yang mengalami kecederaan belakang ketika menentang Sepanyol.

Pasukan Sepanyol memberi ujian sukar yang diinginkan oleh Loew sementara Jerman menghitung hari ke perlawanan pertama mereka di Piala Dunia menentang Mexico di Moscow pada 17 Jun.

“Risiko itu berbaloi, walaupun kami tidak selalunya berjaya menekan mereka di hadapan,” kata pengurus Jerman itu.

Sekarang tiba satu lagi ‘ujian luar biasa’ dalam bentuk Brazil.

“Ini adalah pasukan yang mahu – dan boleh – memainkan peranan penentuan di Piala Dunia,” kata Loew.

Kemenangan ke atas Brazil pasti akan menaikkan keyakinan Jerman selepas keputusan seri baru-baru ini dengan pasukan terkemuka, England (0-0), Perancis (2-2) dan sekarang Sepanyol. – AFP

“Mereka mempunyai orang yang amat bagus, rakan sepasukan saya (Real Madrid) Casemiro bermain dengan baik – mereka telah bersatu dengan ” baik.

TONI KROOS Pemain Jerman

 ??  ?? KROOS
KROOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia