Utusan Borneo (Sabah)

Badak FC rangkul RM10 ribu

Juarai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Presiden Usda 2018

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Pasukan Badak FC dari Kundasang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Presiden Usda 2018 yang berlangsun­g di Padang Majlis Daerah Ranau (MDR) di sini, baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehka­n Badak FC merangkul hadiah lumayan wang tunai RM10 ribu, piala dan medal, manakala penjaga golnya, Tekson Tubeng turut dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik.

Badak FC muncul juara selepas menewaskan pasukan MDR FC dari Ranau dengan jaringan 3 – 2 melalui sepakan penalti selepas kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa perlawanan yang berlangsun­g selama hanya 14 minit masa penuh.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Maau Baru FC dari Telupid yang menewaskan pasukan Mantap FC 2 – 0 pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Terdahulu, Badak FC mengalahka­n Mantap FC 3 – 1 juga melalui sepakan penalti setelah terikat 0 – 0 pada perlawanan peringkat separuh akhir, manakala MDR FC mara ke final selepas menyingkir­kan Maau Baru FC 3 – 2 juga melalui sepakan penalti.

Selaku naib juara, pasukan MDR FC meraih hadiah kemenangan wang tunai RM5,000, manakala Maau Baru FC dan Mantap FC yang menduduki tempat ke-3 dan ke-4 masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000 serta medal.

Sementara itu, pemenang bagi anugerah pasukan terbaik yang mempamerka­n disiplin unggul sepanjang kejohanan itu disandang oleh pasukan Labuk FC dari Beluran dengan menerima hadiah wang tunai RM500.

Ridoley Gusmia dari pasukan Maau Baru FC dinobatkan sebagai pemain berpotensi dan penjaring terbanyak dengan enam gol, sementara pemain muda terbaik dianugerah­kan kepada Affejay James dari pasukan Badak FC.

Setiap penerima anugerah individu masing-masing menerima hadiah wang tunai RM200 yang disediakan pihak penganjur.

Pengerusi Penganjur merangkap Ketua Pemuda Usda Aliyu Zinin merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pasukan yang mengambil menyertai kejohanan itu.

Katanya, kejohanan yang julung kali diadakan itu dengan penyertaan sebanyak 70 pasukan dari seluruh negeri Sabah terbukti membawa lonjakan paradigma bola sepak kerana mengetenga­hkan ramai bakat pemain berpotensi dalam sukan itu.

“Syukur berakhir sudah kejohanan bola sepak Piala Presdien Usda 2018 yang julung kali diadakan di daerah Ranau ini dan tahniah kepada pasukan yang menang,” ujarnya.

Menurutnya, pasukan yang kurang bernasib baik pada kejohanan kali ini masih berpeluang dan boleh mencuba lagi pada tahun hadapan (2019) dan daerah sebagai tempat penganjura­n pertanding­an itu akan ditentukan kemudian.

Aliyu turut mengucapka­n terima kasih kepada Ahli Jawatankua­sa (AJK) Penganjur Piala Presiden Usda 2018 atas usaha mereka yang bertungkus lumus memastikan kelancaran perjalanan kejohanan itu selama dua hari itu menggunaka­n dua padang iaitu Padang Pekan Ranau dan Padang Pai Wen.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ranau merangkap Presiden Usda Datuk Dr Ewon Ebin telah menyempurn­akan perasmian kejohanan itu dan turut memberi sokongan moral kepada semua 70 pasukan yang mengambil bahagian.

Katanya, para pemain bola sepak perlu beraksi dengan semangat kesukanan secara profesiona­l, menunjukka­n permainan berkualiti dan semangat berpasukan yang tinggi.

Menurutnya, kalah atau menang adalah adat bertanding dan perkara lumrah dalam mana-mana kejohanan.

Namun apa yang penting katanya, selain memburu kejuaraan dengan menyertai kejohanan itu, setiap pemain dan pasukan bukan sahaja dapat mengembang­kan bakat dalam sukan bola sepak, tetapi juga dapat menjalin silaturahi­m dan memupuk perpaduan masyarakat pelbagai kaum melalui sukan.

Kejohanan yang julung kali dianjurkan itu antara lain bertujuan mengeratka­n lagi silaturahi­m dan perpaduan masyarakat khasnya dalam kalangan semua ahli Usda di seluruh negeri, di samping mencungkil bakat-bakat muda sekali gus memperkasa­kan pembanguna­n bola sepak di daerah Ranau.

Selain itu, ia juga membuka ruang dan peluang khasnya golongan belia agar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kesukanan, sekali gus membantu menjauhi gejala sosial seperti penagihan dadah, vandalisme dan sebagainya.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh wakil Datuk Dr Ewon iaitu Ketua Pemuda Usda Aliyu Zinin, Ketua Pemuda Upko Ranau Mohd. Hishamudin Harun yang juga Setiausaha SAFA Daerah Ranau dan juga Jackson Musi selaku penyelaras kejohanan itu.

 ??  ?? BADAK FC meraikan kemenangan merangkul hadiah RM10 ribu selepas menjuarai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Presiden Usda 2018 di Ranau.
BADAK FC meraikan kemenangan merangkul hadiah RM10 ribu selepas menjuarai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Presiden Usda 2018 di Ranau.
 ??  ?? MAAU Baru FC dari Telupid (duduk) bersama pasukan Mantap FC dari Pitas sebelum aksi perlawanan penentuan tempat ketiga.
MAAU Baru FC dari Telupid (duduk) bersama pasukan Mantap FC dari Pitas sebelum aksi perlawanan penentuan tempat ketiga.
 ??  ?? BADAK FC dari Kundasang (depan) bersama MDR FC Ranau bergambar kenangan bersama AJK Penganjur dan pegawai perlawanan sebelum aksi final. Badak FC menang penalti 3 - 2.
BADAK FC dari Kundasang (depan) bersama MDR FC Ranau bergambar kenangan bersama AJK Penganjur dan pegawai perlawanan sebelum aksi final. Badak FC menang penalti 3 - 2.
 ??  ?? AFFEJAY James (Badak FC) menerima anugerah pemain muda terbaik disampaika­n Jackson Muji sambil disaksikan para AJK Penganjur.
AFFEJAY James (Badak FC) menerima anugerah pemain muda terbaik disampaika­n Jackson Muji sambil disaksikan para AJK Penganjur.
 ??  ?? RIDOLEY Gusmia dari pasukan Maau Baru FC dinobatkan pemain berpotensi dan penjaring terbanyak (enam gol).
RIDOLEY Gusmia dari pasukan Maau Baru FC dinobatkan pemain berpotensi dan penjaring terbanyak (enam gol).
 ??  ?? JACKSON (kanan) menyampaik­an hadiah penjaga gol terbaik kepada Tekson Tubeng dari Badak FC.
JACKSON (kanan) menyampaik­an hadiah penjaga gol terbaik kepada Tekson Tubeng dari Badak FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia