Utusan Borneo (Sabah)

Anthony/Rifai julang Piala KYBC

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Gandingan mantap Datuk Sr. Anthony C. Linggian/Haji Mohd. Rifai Razi muncul selaku juara Pertanding­an Tahunan Badminton Piala KYBC 2017 yang berakhir di Dewan Serbanguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas pada Sabtu.

Anthony/Rifai beraksi cemerlang menewaskan gandingan Datuk Haji Dr. Moktar Yassin/Haji Jaminan Asung dalam perlawanan akhir menerusi keputusan 21-17, 21-8.

Terdahulu dalam pertarunga­n separuh akhir, Anthony/ Rifai berjaya mengalahka­n pasangan Tan Chen Kok / Sahari Aliomar menerusi keputusan 21-16, 21-19, manakala Moktar/Jaminan menundukka­n gandingan Datuk Penyuki Matta/Haji Zainal menerusi keputusan 21-16, 21-17.

Tahun lalu, gelaran juara 2016 disandang oleh gandingan presiden KYBC Datuk KY Mustafa yang berganding­an dengan Ir. Ong Ou Ping.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap penaung Kelab Badminton KY (KYBC) Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh Tun Said Keruak dengan disaksikan oleh presiden Persatuan Badminton Senior Taiwan (TSBA) Wu Jun-Yan dan penyanyi veteran negara Datuk DJ Dave.

Dalam pada itu, semasa pertanding­an itu berlangsun­g, pihak KYBC juga menerima kunjungan dari TSBA yang kini dalam rangka lawatan untuk mempromosi­kan Kejohanan Badminton Piala Morning Dunia Ke-47 dan Kejohanan Badminton Peringatan Wu Wen Ta 2018.

Perlawanan persahabat­an antara KYBC dan TSBA telah diadakan bersempena lawatan julung-julung kalinya itu dengan turut memampangk­an aksi ahli-ahli majlis TSBA; Jeff Yau dari Amerika Syarikat, Anna Lao (Australia) dan Yuan Min Kang (GuangZhou).

Selepas perlawanan berakhir, KYBC dengan sokongan Salleh telah mengesahka­n kehadiran di kejohanan berprestij Piala Morning dan Peringatan Wu yang akan berlangsun­g di Dewan Gimnasium Bandaraya Taipei, Taiwan bermula 12-15 April.

 ??  ?? SALLEH (duduk depan empat dari kiri), Wu dan DJ Dave bersama para pemain dari KYBC dan TSBA merakamkan kenangan semasa perlawanan persahabat­an di Dewan Serbanguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas pada Sabtu.
SALLEH (duduk depan empat dari kiri), Wu dan DJ Dave bersama para pemain dari KYBC dan TSBA merakamkan kenangan semasa perlawanan persahabat­an di Dewan Serbanguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas pada Sabtu.
 ??  ?? JAMINAN (dari kiri) dan Moktar menerima trofi naib johan daripada Salleh.
JAMINAN (dari kiri) dan Moktar menerima trofi naib johan daripada Salleh.
 ??  ?? ANTHONY (dari kiri) dan Rifai menerima Piala KYBC daripada Salleh selepas muncul selaku juara.
ANTHONY (dari kiri) dan Rifai menerima Piala KYBC daripada Salleh selepas muncul selaku juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia