Utusan Borneo (Sabah)

Cikgu Didin juara lagi!

-

KOTA KINABALU: Bekas juara dunia Didin Taresoh tidak berhadapan masalah besar untuk merangkul gelaran juara semasa Sirkit Pertama, Kejohanan Badminton PARA Majlis Sukan Negara (MSN) 2018 yang berakhir di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada Ahad.

Cikgu berasal dari Ranau itu menjuarai acara perseorang­an kategori SS6 menewaskan Awang Tajul Rijal Pangiran Jaafar dari Labuan menerusi keputusan 21-14, 21-17.

Selain emas, pasukan negeri negeri juga membawa pulang dua gangsa menerusi Shah Rizan Daud dari Tawau dalam acara perseorang­an dan beregu berpasanga­n dengan Rahim Tinggal dari Tenom.

Shah Rizan tewas dalam perlawanan separuh akhir kategori SU5 di tangan Mohammad Faris Ahmad Azri yang mewakili Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi keputusan1­8-21, 18-21.

Sementara dalam acara beregu kategori yang sama, gandingan Shah Rizan/Rahim berjaya ditundukka­n oleh Amyrul Yazid Ahmad Sibi/Mohammad Faris Ahmad Azri (MSN) menerusi keputusan 21-23, 18-21.

Sabah yang turut diwakili oleh Shahril Sieus dan Hamid B. Bukoroh dari Kota Belud tewas dalam perlawanan suku akhir.

Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PESRON) Tan Hwa Koon melalui kenyataan akhbar pada Ahad berkata merakamkan rasa sukacita diatas kejayaan itu dan berharap atlet-atlet di bawah naungau persatuan itu dapat menggandak­an lagi usaha untuk mencapai kejayaan lebih baik lagi di kejohanan kejohanan akan datang.

DESMOND QWEK

-Oleh

 ??  ?? DIDIN (depan dua kanan) bersama pegawai dan rakan atlet merai kejayaan selepas berakhirny­a Sirkit Pertama, Kejohanan Badminton PARA Majlis Sukan Negara (MSN) 2018 di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada Ahad.
DIDIN (depan dua kanan) bersama pegawai dan rakan atlet merai kejayaan selepas berakhirny­a Sirkit Pertama, Kejohanan Badminton PARA Majlis Sukan Negara (MSN) 2018 di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia