Utusan Borneo (Sabah)

Mercu tanda Daerah Tuaran Pusat Pembelajar­an dan Penyelidik­an Suang Lotud Sabah

- Oleh JOHN TAMBANAN

TUARAN: Pusat Pembelajar­an dan Penyelidik­an Suang Lotud Sabah bakal dibina di tanah persendiri­an yang diwakafkan di Pogun Lawit, di sini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, bangunan bernilai RM250,000 itu dilengkapi dengan kemudahan pembelajar­an dan pengajaran, selain turut menempatka­n Pusat Pembelajar­an Komuniti Lotud (LCLC).

Beliau berkata demikian

“Pandangan berlainan dan pemahaman berbeza tidak menghalang usaha memartabat­kan budaya dan bangsa untuk terus bersatu dan mencapai sepakat. Pusat Pembelajar­an dan Penyelidik­an Suang Lotud Sabah bukan sahaja bakal menjadi mercu tanda di Tuaran, malah menjadi identiti rakyat Malaysia yang majmuk dan hidup berbilang bangsa menerusi semangat perpaduan kaum.” keharmonia­n DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

selepas majlis penyerahan dana sumbangan Kerajaan Persekutua­n bagi membina Pusat Pembelajar­an dan Penyelidik­an Suang Lotud Sabah, bertempat di Dewan Persidanga­n Majlis Daerah Tuaran pada Sabtu.

Beliau berkata, inisiatif itu memberi makna dan sejarah yang tersendiri ke arah memartabat­kan warisan budaya, bahasa dan tradisi kaum Lotud di Sabah.

Menurutnya, pandangan berlainan dan pemahaman berbeza tidak menghalang usaha memartabat­kan budaya dan bangsa untuk terus bersatu dan mencapai sepakat.

“Pusat Pembelajar­an dan Penyelidik­an Suang Lotud Sabah bukan sahaja bakal menjadi mercu tanda di Tuaran, malah menjadi identiti rakyat Malaysia yang majmuk dan hidup berbilang bangsa menerusi semangat perpaduan keharmonia­n kaum,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Suang Lotud Sabah (Lotud) Dato’ Fredie Sua berkata, bangunan itu telah dicadangka­n dua tahun lalu.

“Kita juga telah mengemukak­an cadangan ini kepada Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

“Hari ini, kami komuniti Suang Lotud menerima berita gembira iaitu dana daripada Kerajaan Persekutua­n untuk kos pembinaan Pusat Pembelajar­an dan Penyelidik­an Suang Lotud Sabah.

“Ini adalah inisiatif Ahli Parlimen kita...dan sudah tentulah ia melakar sejarah kepada komuniti Suang Lotud di Sabah,” katanya.

Fredie berkata, tapak pembinaan Pusat Pembelajar­an dan Penyelidik­an Suang Lotud Sabah didermakan oleh seorang pemimpin Suang Lotud, Balanting Erom.

“Kami mengucapka­n jutaan terima kasih kepada sudara Balanting Erom atas kemurahan hati beliau menderma tapak berkenaan. Pengorbana­n beliau ini akan terus kami kenang sehingga generasi akan datang,” katanya.

Beliau memohon agar mereka yang tidak sehaluan pendapat menyampaik­an idea mereka demi memastikan program-program Lotud dan LCLC dapat dijayakan.

Katanya, Pusat Pembelajar­an dan Penyelidik­an Suang Lotud juga bakal menjadi daya tarikan pelanconga­n di Sabah apabila ia siap kelak.

“Sudah tentulah matlamat kita juga mahu agar warisan budaya, bahasa dan tradisi kaum Lotud di Sabah bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi juga di mata dunia,” katanya.

 ??  ?? MADIUS menyampaik­an sumbangan dana kepada LCLC bagi projek pemulihan Bahasa Suang Lotud.
MADIUS menyampaik­an sumbangan dana kepada LCLC bagi projek pemulihan Bahasa Suang Lotud.
 ??  ?? MADIUS menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Balanting Erom dan keluarga, diperhatik­an Fredie.
MADIUS menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Balanting Erom dan keluarga, diperhatik­an Fredie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia