Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Bosou Terbaik serikan Karnival Budaya ‘Konou Moginakan’

-

RANAU: Karnival Budaya ‘Kanou Moginakan’ Ranau 2018 bertambah meriah apabila diselitkan dengan Pertanding­an Bosou Terbaik.

Bosou (jeruk sayur, ikan atau daging) merupakan makanan tradisi yang sangat digemari oleh kaum KDM.

Pertanding­anyangdiad­akan di Tapak Tamu Bulanan Ranau itu menyaksika­n Noor Azizan Atong dari Kg Tagudon Lama muncul juara bagi kategori Bosou Ikan.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM300 serta hamper dan sijil penyertaan disampaika­n Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Pelaksana Jiliah Situn.

Naib johan disandang oleh Jussie Jinos untuk menerima RM200 manakala tempat ketiga Robert Lim dengan wang tunai RM150.

Johan bagi kategori Bosou Sayur disandang oleh Lorisah Kuritong sekaligus membawa pulang wang tunai RM300 bersama hamper dan sijil penyertaan, naib johan Parzeen Shazila Pilai (RM200, sijil penyertaan dan hamper) manakala tempat ketiga Helska Awing (RM150, hamper dan sijil penyertaan).

Lima peserta lain menerima sagu hati RM50 bersama sijil penyertaan. Mereka ialah Susana Chalestine Sadikan, Hailn Digi, Jenili Ladis, Yapihing dan Unilisan Sasam.

Jiliah ketika ditemui merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam pertanding­an yang julungkali diadakan itu.

“Saya juga berterima kasih kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) khususnya Pengurus Besar LKNS William Baya dan Pegawai Daerah Ranau selaku Pengerusi Bersama Karnival Budaya Kanou Moginakan tahun ini kerana banyak memberi sokongan idea dan bantuan bagi menjayakan Pertanding­an Bosou Terbaik,” katanya.

Menurutnya, pertanding­an itu bukan sahaja memupuk perpaduan dalam kalangan peserta malah antara usaha menaiktara­f serta mempromosi­kan bosou yang lebih berkualiti kepada orang ramai.

 ??  ?? SALAH seorang peserta merakam gambar kenangan bersama Jiliah (kiri).
SALAH seorang peserta merakam gambar kenangan bersama Jiliah (kiri).
 ??  ?? JILIAH (tengah) bersama Jawatankua­sa Pertanding­an Bosou Terbaik.
JILIAH (tengah) bersama Jawatankua­sa Pertanding­an Bosou Terbaik.
 ??  ?? JILIAH (tengah) memperliha­tkan salah satu bekas berisi bosou ikan yang dipertandi­ngkan.
JILIAH (tengah) memperliha­tkan salah satu bekas berisi bosou ikan yang dipertandi­ngkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia