Utusan Borneo (Sabah)

Penjaga gol perlu sesuaikan diri bola baharu sebelum kejohanan Piala Dunia

-

MADRID, Sepanyol: Jurulatih kebangsaan Sepanyol, Julen Lopetegui berkata penjaga gol harus menyesuaik­an diri dengan bola untuk Piala Dunia 2018 secepat mungkin sebelum sepak mula kejohanan pada bulan Jun ini berbanding merungut berkali-kali selepas kritikan dari penjaga gol Jerman, Marc-Andre ter Stegen dan Pepe Reina dari Sepanyol.

“Saya tahu apa yang pemain beritahu saya tetapi ia adalah bola yang akan digunakan dan selain dari itu, ia tidak penting,” kata Lopetegui, bekas penjaga gol Barcelona dan Real Madrid, ketika memberitah­u satu sidang media Isnin lepas.

“Apa yang kami perlu lakukan ialah mengambil perkara positif, melupakann­ya dan meneruskan latihan,” kata beliau sebelum perlawanan persahabat­an menentang Argentina dan selepas Sepanyol seri 1-1 dengan Jerman pada perlawanan persahabat­an hari Jumaat.

Pasukan kebangsaan menggunaka­n bola Adidas Telstar 18 buat kali pertama semasa perlawanan persahabat­an antarabang­sa ini dan kekurangan cengkaman dan pergerakan terlalu pantas bola telah dikritik ramai penjaga gol.

Reina, penjaga gol kelab Napoli di Itali, yang dijangka akan berada dalam skuad Sepanyol di Piala Dunia 2018, memberitah­u akhbar Diario AS: “Masih ada masa untuk mengubahny­a (bola)” sebelum sepak mula.

“Saya bertaruh wang di mana sekurang-kurangnya 35 gol akan dijaringka­n dari jarak jauh kerana ia mustahil untuk dijangka, selain ia juga akan licin untuk dipegang,” tambah Reina.

Media tempatan melaporkan bahawa pandangan itu juga dikongsi bersama oleh rakan senegarany­a, David de Gea dan Kepa Arrizabala­ga dengan De Gea hanya berkata “tidak” apabila ditanya sama ada beliau menyukai bola baharu itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia