Utusan Borneo (Sabah)

Akta Antiberita Tidak Benar jaga kepentinga­n awam, lindungi rakyat

-

KUALA LUMPUR: Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bertujuan menjaga kepentinga­n awam serta melindungi rakyat daripada menjadi mangsa penyebaran berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata kementeria­nnya menyokong penuh kewujudan undangunda­ng baharu itu memandangk­an terdapat banyak berita palsu yang tular di media sosial.

“Dibawahkem­enteriansa­ya pun ada Akta Komunikasi dan Multimedia. Tetapi dengan adanya undang-undang (Antiberita Tidak Benar) seperti ini, yang mana kita (kementeria­n) tidak boleh ambil tindakan di bawah akta kita, maka kita boleh gunakan undang-undang yang baharu ini.

“Kalau kita rasa kita tidak terlibat menyebarka­n beritaberi­ta palsu, maka tidak ada masalah… kita adakan undang-undang seperti itu untuk kepentinga­n anak-anak kita,kepentinga­nsemuaseca­ra keseluruha­nnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n kenderaan rasmi Persatuan Seniman Malaysia, di sini, Selasa.

Justeru beliau berkata kewujudan akta baharu itu perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas dan tidak hanya terhad kepada aspek politik semata-mata.

Sementara itu, Salleh berkata akta berkenaan masih memberi kebebasan kepada media namun mereka juga terikat dengan peraturan yang ditetapkan.

Padas Isnin, kerajaan membentang­kan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ia memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya bagi orang yang disabitkan kesalahan. - Bernama

 ??  ?? SALLEH
SALLEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia