Utusan Borneo (Sabah)

Gerakan komited bantu BN capai kemenangan besar PRU14

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Parti Gerakan komited membantu Barisan Nasional (BN) dalam memastikan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, ia adalah satu konsep dalam keluarga besar komponen BN untuk memikul tanggungja­wab bersama bagi memastikan kemenangan itu.

“Bukan hanya Parti Gerakan sahaja tetapi komponenBN­yanglaintu­rut mempunyai tanggungja­wab bersama bagi memastikan kerusi yang ditandingi calon kita pada PRU14 nanti mencapai kemenangan.

“Ini konsep kita satu keluarga dalam politik bersama-sama memikul tanggungja­wab itu. Bagi Parti Gerakan, kami sudah bersiap siaga berhadapan PRU14,” katanya pada media selepas menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang ke-3 Life Water Industries Sdn Bhd dan Pelancaran Minuman Baharu Kitzai, di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Gerakan yakin dua kerusi dimenangi parti itu di sini iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat dan Elopura akan kekal menjadi milik parti itu selepas PRU14 nanti.

Ketika ditanya mengenai penambahan 13 kerusi DUN baharu di Sabah, beliau menjelaska­n perkara itu perlu menunggu keputusan daripada mesyuarat Parlimen.

“Kita hanya boleh menunggu keputusan daripada Parlimen mengenai perkara itu,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengarah Urusan Life Water Industries Sdn Bhd Liaw Hen Kong.

 ??  ?? RAYMOND (kanan) menerima taklimat daripada Liaw ketika membuat tinjauan di kilang berkenaan.
RAYMOND (kanan) menerima taklimat daripada Liaw ketika membuat tinjauan di kilang berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia