Utusan Borneo (Sabah)

80 penduduk Lagkau dan Tungou sertai Upko

80 penduduk Lagkau dan Tungou sertai Upko

- AMIN

RANAU: Seramai 80 penduduk Kampung Lagkau dan Tungou menyerahka­n borang keahlian Parti Pertubuhan­PasokMomog­un Kadazan Dusun Murut Bersatu (Upko) kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.

Penyerahan­borangkeah­lian BN-Upko yang diketuai mantan pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, Amin Hamid, itu telah dibuat dalam satu majlis perasmian Cawangan Upko Kampung Lagkau di rumah kediaman beliau.

Menurut Amin, ketika masih menjadi penjawat awam kerajaan, beliau telah dipelawa untuk menyertai beberapa parti politik apabila bersara nanti namun hati beliau pada masa itu langsung tidak berminat untuk bergiat dalam politik.

“Bagi saya, semua parti politik itu adalah serupa, apa yang lebih penting adalah sifat kepimpinan para pemimpin yang menjadi ahli dan menerajui parti berkenaan.

“Bagaimanap­un, setelah bersara dan merasa bosan tanpa apa-apa program harian khas, fikiran saya telah berubah untuk mencari sesuatu bagi mengisi masa lapang yang banyak terbiar,” katanya.

Ketika diadakan majlis berbuka puasa di Kg Lagkau beberapa tahun lalu yang turut dihadiri oleh Ewon, Amin serta penduduk kampung telah mengajukan beberapa permohonan peruntukan bagi kampung mereka dan telah diluluskan serta-merta.

“Dari sana, saya telah tertarik dengan sikap beliau (Ewon) yang nyata prihatin terhadap keperluan rakyat tanpa mengira bangsa serta agama malah rajin dan cergas turun padang tanpa mengira waktu,” katanya.

Beliau turut menyifatka­n Ewon sebagai pemimpin yang jujur, mudah didekati dan mesra rakyat tanpa mengira jantina, perbezaan umur, pendidikan, pangkat dan juga pegangan agama.

“Melalui sifat kepimpinan beliau maka, saya dan beberapa penduduk kampung terutamany­a para pemuda telah memutuskan untuk menyertai parti Upko sebagai wadah perjuangan politik kami memajukan kampung ini,” jelasnya.

Menurut Amin, dengan kemasukan mereka ke dalam parti Upko itu maka sokongan penduduk kampung kepada kerajaan serta calon-calon BN pada pilihan raya akan datang kini mencapai 96 peratus.

Dalam ucapan perasmian, Ewon memuji sikap penduduk kampung itu termasuk kampung sekitar yang memilih Upko sebagai wadah perjuangan mereka kerana memang hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memberikan keperluan rakyat.

Katanya, keahlian Upko di Ranau pada masa ini sudahpun mencapai 20 ribu orang dan merupakan parti kedua terbanyak keahlianny­a dalam komponen BN selepas Umno.

Pada majlis itu, beliau turut meluluskan pembelian jersi, satu set gong serta satu unit sistem PA yang telah dimohon oleh pemuda kampung itu.

Sementara di majlis berasingan sebelum itu, Ewon turut menerima sebanyak 30 borang keahlian baharu Upko di Kampung Paka Atas yang diserahkan oleh Ejrush Dalinting.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi, Setiausaha Parlimen Dallius Ubin dan Timbalan ketua Pemuda Upko Ranau Aliyu Zinin.

“Bagi saya, semua parti politik itu adalah serupa, apa yang lebih penting adalah sifat kepimpinan para pemimpin yang menjadi ahli dan menerajui parti berkenaan. AMIN HAMID Mantan pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau

 ??  ??
 ??  ?? EWON bersalaman dengan penduduk Kg Lagkau setibanya di rumah Amin.
EWON bersalaman dengan penduduk Kg Lagkau setibanya di rumah Amin.
 ??  ?? berucap pada majlis itu.
berucap pada majlis itu.
 ??  ?? WAKIL dari Kg Lagkau dan Kg Tungou menyerahka­n borang keahlian Upko kepada Ewon (kanan) diperhatik­an Amin (berpakaian tradisi).
WAKIL dari Kg Lagkau dan Kg Tungou menyerahka­n borang keahlian Upko kepada Ewon (kanan) diperhatik­an Amin (berpakaian tradisi).
 ??  ?? KETUA Pemuda Upko Lagkau Rijan Juslin (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Ewon.
KETUA Pemuda Upko Lagkau Rijan Juslin (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Ewon.
 ??  ?? EJRUSH (tiga kiri) menyampaik­an 30 borang keahlian Upko kepada Ewon di Kg Paka Atas.
EJRUSH (tiga kiri) menyampaik­an 30 borang keahlian Upko kepada Ewon di Kg Paka Atas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia