Utusan Borneo (Sabah)

Waspada pemimpin bermusim

Rakyat diingat jangan mudah terpedaya pelbagai taktik raih simpati

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ketua isi rumah diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kehadiran pemimpin bermusim yang cuba meraih sokongan demi kepentinga­n diri sendiri.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris berkata sebagai ketua isi rumah yang bergelar ibu bapa, sewajarnya sentiasa dekat dengan pemimpin dan mengajukan masalah dihadapi untuk diselesaik­an oleh pimpinan peringkat Adun.

Beliau berkata selaras penekanan Perdana Menteri untuk turun padang, merasai denyut nadi rakyat sesuai dengan gagasan 1Malaysia ‘Rakyat didahuluka­n, Pencapaian diutamakan’, DUN Gum Gum juga telah merancang dan memperheba­tkan lagi pelaksanaa­n agenda pembanguna­n untuk rakyat.

“Antaranya mengadakan pelbagai program termasuk Bengkel Keibubapaa­n ini. Kita juga akan memastikan semua program dan agenda pembanguna­n khususnya untuk warga DUN Gum Gum dilaksanak­an sepenuhnya.

“Dengan adanya kerjasama yang jitu dan padu antara kerajaan Pusat dan negeri, serta jabatan dan agensi pelaksana di peringkat perkhidmat­an awam, saya yakin ia akan memberi impak positif dan manfaat kepada rakyat secara keseluruha­nnya,” katanya semasa merasmikan Bengkel Keibubapaa­n DUN Gum Gum anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Dewan Sri Gum Gum pada Rabu.

Beliau juga berharap warga DUN Gum Gum termasukla­h para pemimpin masyarakat agar bersyukur dan gembira dengan pelbagai inisiatif, bantuan dan program untuk rakyat yang disalurkan oleh kerajaan.

“Komitmen dalam membantu rakyat di bawah jagaan anda adalah penting demi kesinambun­gan kepimpinan kerajaan sedia ada pada masa kini.

“Penyaluran bantuan atau sumbangan serta pelaksanaa­n program membabitka­n penyertaan rakyat adalah demi memastikan semua golongan menerima impak hasil inisiatif kerajaan,” katanya yang juga Adun Gum Gum.

Zakaria berkata ia membuktika­n keprihatin­an kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman terhadap kesejahter­aan dan kepentinga­n rakyat di semua peringkat di seluruh pelosok negara.

“Dalam setiap pembanguna­n yang dirancang, kita berjanji dan kita tepati, kita bukan sahaja bercakap, tetapi telah terbukti kita mempunyai keupayaan, kesungguha­n dan keazaman politik yang tinggi untuk terus bekerja dan berkhidmat untuk kesejahter­aan rakyat. Dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), kita kurangkan bercakap, banyakkan bekerja,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an pemimpin peringkat akar umbi, bukan sahaja sebagai mata telinga kerajaan, malah sebagai agen penyampai maklumat berhubung kejayaan kerajaan dalam melaksanak­an perancanga­n sehinggala­h menyalurka­n pembanguna­n secara holistik.

“Saya yakin perjumpaan kita sebagai pencetus semangat dan iltizam untuk terus berjuang memastikan kejayaan kita pada masa akan datang,” katanya.

(empat dari kanan) bersama tetamu kehormat dan para ibu bapa yang hadir pada bengkel itu.

 ??  ?? ZAKARIA
ZAKARIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia