Utusan Borneo (Sabah)

Bengkel Pembanguna­n Jati Diri Pengetua dan Felo Kolej Kediaman 2018

-

KOTA KINABALU: Majlis Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman UMS (Mapek) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar menganjurk­an Bengkel Pembanguna­n Jati Diri Pengetua dan Felo Kolej Kediaman 2018 bertempat di Beringgis Beach Resort dan SPA pada 9-10 Mac 2018.

Seramai 41 orang menyertai bengkel itu yang terdiri daripada pengetua, timbalan pengetua, felo dan Yang Dipertua Jakmas setiap Kolej Kediaman, selain tiga orang dari Majlis Timbalan Dekan.

Sebanyak enam topik dibentang dan dibincangk­an dalam bengkel itu yang akan dijadikan sebagai garis panduan, prosedur operasi standard (SOP) yang digunapaka­i oleh semua Kolej Kediaman dalam memperting­kat dan memperkasa­kan struktur serta jatidiri pengetua dan felo.

Bengkel selama dua hari ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA Prof Datuk Dr Ismail Ali.

Dalam ucapan perasmian, beliau berkata kepimpinan dan sahsiah lebih tertumpu di kolej kediaman.

Sehubungan itu, pengetua dan felo serta kakitangan pentadbira­n kolej kediaman perlu memantapka­n jati diri masing-masing bagi memastikan kebajikan pelajar di kolej terpelihar­a.

“Melalui pengisian bengkel yang melibatkan pengetua, felo dan Majlis Timbalan Dekan akan dapat memberikan pencerahan tentang cara bagaimana satu-satu permasalah­an di kolej kediaman dapat ditangani secara tersusun dan profesiona­l serta berupaya membentuk jalinan kerjasama menang-menang dan saling membantu antara kedua belah pihak,” katanya.

Dr Syahruddin Hj Awang Ahmad selaku penyelaras program itu merumuskan bahawa bengkel berkenaan mendapat banyak input yang baik melibatkan pandangan daripada semua pihak termasuk pelajar sebagai pelanggan.

Daripada enam resolusi yang bakal digarap dalam bentuk pelan tindakan dan SOP, kesemuanya mencakupi semua aspek penting yang boleh direalisas­ikan dalam bentuk yang jelas dan boleh diaplikasi­kan di semua peringkat pengurusan hal ehwal pelajar di universiti itu.

 ??  ?? PESERTA Bengkel Pembanguna­n Jati diri merakam gambar kenangan.
PESERTA Bengkel Pembanguna­n Jati diri merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia